Kejohanan Bola Jaring MSSD Petaling Utama 2019

Februari 22, 2019

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Setelah berhempas pulas berlatih selama 2 bulan, akhirnya pasukan bola jaring sekolah telah mendapat kejayaan dalam Kejohanan Bola Jaring MSSD Petaling Utama baru-baru ini.

Sekalung tahniah diucapkan kepada guru-guru dan ibubapa yang terlibat melatih pelajar-pelajar kita sehingga berjaya ke melangkah ke separuh akhir Kejohanan Bola Jaring MSSD Petaling Jaya 2019.

PERTANDINGAN : KEJOHANAN BOLA JARING MSSD
PERINGKAT : DAERAH PETALING UTAMA
TARIKH : 22 FEBRUARI 2019 (KHAMIS)
TEMPAT : SMK KELANA JAYA




Turut hadir memberi semangat kepada pasukan sekolah ialah YDP & NYDP PIBG sekolah, Puan Hamidah dan Puan Airudiza. Sebanyak 58 buah sekolah sekitar daerah Petaling Utama telah mengambil bahagian dan sekolah kita telah berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir.

Pada peringkat separuh akhir, sekolah kita berjaya mendapat tempat ketiga keseluruhan dan berjaya menjadi TOP 3 dalam daerah Petaling Utama. 

Syabas SKJS(1)!










Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »