Pertandingan Hari Puteri 2019 (PPIM) Peringkat Daerah

Julai 15, 2019

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Minggu lepas telah berlangsungnya pertandingan Hari Puteri Pergerakan Puteri Islam (PPIM) kategori sekolah rendah di SMK Dato Harun, Petaling Jaya. Sebanyak 8 aktiviti telah dipertandingkan dan SK Jalan Selangor (1) telah menghantar peserta bagi mewakili 5 darinya. 

PROGRAM : PERTANDINGAN HARI PUTERI 2019
PERINGKAT : DAERAH PETALING UTAMA
TARIKH : 13HB JULAI (SABTU)
TEMPAT : SMK DATO HARUN
GURU PENGIRING : CIKGU SITI NAZIRAH, USTAZAH HINDON, CIKGU ROZITA DAN USTAF FAUZAN



Lima aktiviti yang diwakili oleh peserta sekolah adalah :
  1. Nasyid
  2. Kraftangan Hiasan Dinding
  3. Hidangan Pencuci Mulut
  4. Buku Log
  5. Puteri Harapan/Tokoh Puteri


Atur Cara Pertandingan Hari Puteri 2019

8.00 pg     : Pendaftaran peserta, AJK dan Hakim pertandingan
8.30 pg : Taklimat Pertandingan (Tapak pendaftaran – Arena Juara)
: Taklimat Hakim (Bilik Mesyuarat)
9.00 pg : Pertandingan Hari Puteri bermula
12.30 tgh : Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Hadiah
: Ketibaan para jemputan perasmi
: Tatacara Majlis

1) Selawat
2) Alunan Asma’ul Husna
3) Lagu Negaraku
4) Lagu Negeri Selangor
5) Lagu Puteri
               : Bacaan doa
               : Ucapan Aluan oleh Pengerusi PPIM Daerah
               : Ucapan Perasmi
               : Penyampaian hadiah
2.00 ptg  : Bersurai


Kumpulan Nasyid







Pengumuman pemenang diumumkan dan wakil peserta sekolah telah mendapat tempat Johan bagi aktiviti Kraftangan Hiasan Dinding dan kategori Buku Log terbaik.

Wakil peserta kita juga dipilih sebagai Tokoh Puteri Harapan Peringkat Daerah Petaling Utama 2019. Syabas dan tahniah diucapkan kepada adik Dania Qashrina Binti Nor Azman.

Juara Kraftangan Hiasan Dinding

Johan Buku Log Terbaik

Tokoh Puteri Harapan 2019 Daerah Petaling Utama




Tahniah diucapkan kepada guru-guru yang turut membantu dan membimbing para peserta sehingga dapat memenangi 3 dari 5 aktiviti yang dipertandingkan. Syabas kepada semua!


Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »