Latihan Kebakaran

Mac 09, 2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Minggu pertama bulan Mac dimulakan dengan program latihan kebakaran bersama pasukan bomba Petaling Jaya melibatkan murid-murid Tahap 1 & 2.

PROGRAM : LATIHAN KEBAKARAN
TARIKH : 5HB MAC 2020 (KHAMIS)
TEMPAT : PADANG SEKOLAH SKJS(1)

Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid, guru-guru dan warga sekolah dengan pengetahuan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan.

Latihan dimulakan dengan semua murid bergerak dengan pantas dan teratur mengikut kelas masing-masing ketika loceng kecemasan dibunyikan dan berkumpul di padang sekolah. Selepas itu, pasukan bomba menunjukkan cara-cara memadam api yang betul.














Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »