Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Tanggal 16 Mei 2020 adalah tarikh istimewa buat semua warga pendidik di negara ini kerana hari ini ialah Hari Guru peringkat kebangsaan. Walaupun tahun ini tiada sambutan Hari Guru berikutan penutupan sekolah yang bermula sejak 18 Mac sehingga kini, tapi ucapan dan penghargaan dari ibubapa dan semua rakyat Malaysia kepada warga pendidik tetap meriah dan bermakna.
Tema sambutan Hari Guru pada tahun ini ialah Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu yang sangat bertepatan dengan tanggungjawab dan peranan para guru di masa kini.
Walaupun kita sedang berada dalam tempoh PKPB dan semua sekolah masih ditutup, namun para guru masih menjalankan amanah dan tanggungjawab mendidik anak murid dengan pelbagai kaedah dan cara, supaya anak-anak murid masih dapat menimba ilmu dari rumah.
Ikhlas dari semua warga SKJS(1), kami mengucapkan SELAMAT HARI GURU, KAMI SAYANG CIKGU! pada semua cikgu-cikgu SKJS(1) dan seluruh negara. Terima kasih kerana komited mendidik tanpa jemu walaupun dalam keadaan mencabar seperti musim penularan wabak Covid-19 ini.
EmoticonEmoticon