Salam Perpisahan Buat Guru Besar

Julai 07, 2021

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Pepatah ada mengatakan, setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Walaupun berat untuk diterima, namun perpisahan ini tidak dapat dielakkan. Begitulah juga dengan Guru Besar SKJS(1) yang disayangi, Pn Norliza yang telah bersama-sama memimpin dan mengharumkan nama sekolah dari tahun 2018 dan kini terpaksa menyahut panggilan perkhidmatan bagi meneruskan bakti mendidik anak-anak murid di sekolah lain.


Pn Airudiza menyampaikan cenderahati 
kepada Guru Besar, Pn. Norliza


Walaupun tiada majlis perpisahan dapat dilaksanakan, namun AJK PIBG dan sekolah telah mengambil inisiatif untuk menyampaikan sedikit cenderahati buat Guru Besar, Pn Norliza sebagai tanda ingatan warga SKJS(1). Hadiah disampaikan sendiri oleh YDP PIBG, Pn. Airudiza. 


Untuk makluman, Pn Norliza telah berpindah ke SK Damansara Damai 1. Antara pencapaian beliau yang cemerlang pada tahun 2019, apabila SKJS(1) dinobatkan satu-satunya sekolah di PPD Petaling Utama yang memperolehi  keputusan 100% lulus UPSR. Pencapaian cemerlang ini juga memberi inspirasi kepada semua murid dan ibubapa SKJS(1) untuk meneruskan kecemerlangan di masa hadapan.



Bagi pihak sekolah SKJS(1), kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada Guru Besar, Pn Norliza yang dikasihi atas kasih sayang dan bakti yang dicurahkan serta komitmen yang tidak berbelah bagi terhadap anak-anak murid sepanjang beliau berkhidmat di sekolah ini. Selamat maju jaya di sekolah baru dengan semangat dan wawasan yang lebih jitu. Kami pasti akan merindui cikgu...

Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »