Majlis Perasmian & Menandatangani LoU National Primary SPODEC 2022

Disember 05, 2022

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


MAJLIS : PERASMIAN & MENANDATANGANI LOU NATIONAL PRIMARY SPODEC 2022

TARIKH : 4-6 DISEMBER 2022

TEMPAT : HOTEL THE EVERLY , PUTRAJAYA


Program SPODEC merupakan program pembangunan sukan pertama peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh sekolah di Putrajaya ini. Program ini melibatkan penyertaan dari 38 buah sekolah dari 5 buah negeri.


Terdapat 3 bidang sukan yang menjadi fokus utama, iaitu bola tampar, bola jaring dan bola baling. Tahniah sekali lagi kepada sekolah yang telah memilih untuk menyertai program ini. Justeru, program SPODEC diharap dapat melahirkan pelapis-pelapis dalam sukan terutama bola tampar, bola jaring dan bola baling.


Pihak sekolah melalui wakilnya, Guru Besar Pn. Sabariah berbesar hati telah menghadiri majlis ini bagi menyaksikan perasmian serta menandatangani LoU.










Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »