Memaparkan catatan dengan label Wakil Sekolah 2018. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Wakil Sekolah 2018. Papar semua catatan

Pertandingan Boria & Sajak Peringkat Negeri Selangor 2018

Ogos 14, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Sempena Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Negeri Selangor 2018, SKJS(1) telah menghantar peserta bagi mewakili sekolah dalam 2 kategori pertandingan. Pertandingan tersebut ialah boria dan deklamasi sajak.

Program : Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah 2018 (PPDa)
Peringkat : Negeri Selangor
Tarikh : 11hb Julai 2018 (Sabtu)
Tempat : SMK Setia Alam, Selangor
Peserta : Boria (Murid Tahun 4&5) & Sajak (Adik Nadiah Bt Zamri Tahun 5)



Sambutan Hari Puteri 2018

Julai 06, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Baru-baru ini sempena Sambutan Hari Puteri 2018 Peringkat Petaling Utama, sekolah telah menghantar beberapa orang pelajar mewakili sekolah dalam beberapa acara dan pertandingan. 

MAJLIS : SAMBUTAN HARI PUTERI 2018
TARIKH : 5HB JULAI 2018
MASA : 8.00 PAGI
TEMPAT : SMK (P) SRI AMAN



Pertandingan Kuiz Bahasa Arab Peringkat Petaling Utama

Julai 05, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Baru-baru ini, sekolah telah menghantar 3 orang pelajar untuk mewakili sekolah dalam Pertandingan Kuiz Bahasa Arab Peringkat PPD Petaling Utama. Pertandingan tersebut telah diadakan di SK DAMANSARA DAMAI (2).

ACARA : PERTANDINGAN KUIZ BAHASA ARAB
PERINGKAT : PPD PETALING UTAMA
TARIKH : 4HB JULAI 2018 (RABU)
TEMPAT : SK DAMANSARA DAMAI (2)
GURU PENGIRING : USTAZ AHMAD



Perlawanan Bola Jaring Daerah Petaling

April 04, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Satu pertandingan bola jaring peringkat Daerah Petaling telah berlangsung baru-baru ini dan SKJS(1) telah menghantar pasukan untuk mewakili sekolah.

ACARA : PERTANDINGAN BOLA JARING
TARIKH : 2 APRIL 2018
TEMPAT : SK KELANA JAYA 1
PERINGKAT : DAERAH PETALING


Pasukan wakil sekolah SKJS(1)

Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Peringkat Daerah Petaling Utama

Mac 06, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Tiga orang pelajar kita telah mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita (story telling) dan deklamasi sajak (poetry) sempena Karnival Bahasa Inggeris Sekolah Rendah Peringkat Daerah Petaling Utama.

Adik Sharannia A/P Anandan bertanding dalam pertandingan Story Telling manakala adik Nadiah Zamri & Nadja Adriana Adnan bertanding dalam pertandingan Deklamasi Sajak.

AKTIVITI : KARNIVAL BAHASA INGGERIS SEKOLAH RENDAH
TARIKH : 5 MAC 2018
TEMPAT : SJK (C) PUAY CHAI 2, BANDAR UTAMA
WAKIL SEKOLAH : 3 ORANG PELAJAR


Pertandingan Melafaz Lagu-lagu Suci Thirumurai

Februari 19, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Baru-baru ini, dua orang pelajar kita telah mewakili sekolah dalam Pertandingan Melafaz Lagu-lagu Suci Thirumurai peringkat kebangsaan. Dua orang pelajar itu ialah adik A. Janani dari kelas 4 Mawar & A. Sharannia dari kelas 6 Siantan.

Pertandingan ini melibatkan 3 fasa sebelum dipilih sebagai pemenang.

Fasa 1 - saringan awal
Fasa 2 - menyanyi sebuah lagu daripada 5 yang dihafal dalam Bahasa Tamil & memberi maksud lagu tersebut
Fasa 3 - membaca serangkap lagu suci dalam Bahasa Tamil.

Pertandingan : Melafaz Lagu-lagu Suci Thirumurai
Peringkat : Kebangsaan
Tarikh : 18 Februari 2018
Tempat : SJKT Vivekananda, PJ


Kejohanan Akuatik MSS Selangor 2018

Februari 13, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 


Baru-baru ini telah berlangsung Kejohanan Akuatik Peringkat MSS Selangor yang diadakan di Pusat Akuatik MBSA, Shah Alam. Dua orang pelajar SKJS(1) telah mewakili sekolah dalam kejohanan yang berlangsung selama 3 hari bermula 6 Februari ini.

Dua pelajar tersebut ialah adik Qistina Shuhada Ramli dan adik Qisrina Syakirah Ramli. 

ACARA : KEJOHANAN AKUATIK MSS SELANGOR 2018
TARIKH : 6 FEBRUARI - 9 FEBRUARI 2018
TEMPAT : PUSAT AKUATIK MBSA, SHAH ALAM