Jamuan Akhir Tahun 2018

November 21, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana pada tahun ini, sekolah dengan kerjasama AJK PIBG telah berjaya mengadakan satu jamuan akhir tahun untuk meraikan para guru (BAKAF) dan barisan AJK PIBG dalam satu jamuan yang sederhana namun meriah.

Majlis ini turut memberi penghargaan kepada para guru dan ajk-ajk PIBG serta pihak pentadbiran sekolah dengan acara cabutan hadiah bertuah dan sijil serta piala penghargaan. 

Barisan AJK PIBG sekolah turut menerima hadiah penghargaan dari sekolah dan cenderahati sumbangan ikhlas dari kalan rakan AJK ibubapa sendiri.


Pameran Seni Visual

November 20, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Satu pameran seni visual telah diadakan di Dewan Zamrud untuk tontonan murid-murid pada 19 November 2018.

Kesemua hasil seni, lukisan dan kraf tangan yang dipamerkan adalah dihasilkan oleh murid-murid SKJS(1).


Hari Bakat (Bintang Cilik 2018)

November 20, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bagi mencungkil bakat seni dan persembahan di kalangan murid-murid, satu program Bintang Cilik 2018 telah diadakan di sekolah baru-baru ini. Penyertaan murid-murid adalah dari Tahun 1 sehingga Tahun 6.

Pelbagai persembahan oleh setiap kumpulan telah dipertontonkan kepada guru-guru dan murid-murid lain. Antaranya ialah nyanyian, tarian dan sketksa.

PROGRAM : HARI BAKAT (BINTANG CILIK 2018)
TARIKH : 19 NOVEMBER 2018 (ISNIN)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
PENYERTAAN : MURID TAHUN 1 SEHINGGA TAHUN 6


Lawatan Ke Farm In The City & Putrajaya

November 07, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Pada penghujung bulan Oktober yang lepas, sekolah telah mengadakan satu program lawatan sehari ke dua tempat melibatkan pelajar-pelajar Tahap 2. Kesemua pelajar yang terlibat telah berkumpul di sekolah seawal jam 7.00 pagi sebelum bertolak menaiki bas.

LAWATAN : FARM IN THE CITY & PUTRAJAYA
TARIKH : 31HB OKTOBER 2018 (RABU)
MASA : 7.30PAGI SEHINGGA 4.30PETANG
PENGLIBATAN : PELAJAR-PELAJAR TAHAP 2


FARM IN THE CITY



Minggu Kokurikulum - Majlis Penyampaian Hadiah

November 05, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Peperiksaan Akhir Tahun telah pun berakhir, program sekolah diteruskan dengan Minggu Kokurikulum yang bermula dari 29 Oktober sehingaa 2 November 2018.

Pelbagai aktiviti dan permainan telah dirancang sepanjang minggu untuk murid-murid Tahap 2, dan kini telah tiba untuk majlis penyampaian hadiah.

PROGRAM : MINGGU KOKO
AKTIVITI : PENYAMPAIAN HADIAH
TARIKH : 2 NOVEMBER 2018 (JUMAAT)
TEMPAT : PAVILION SKJS(1)
PENGLIBATAN : MURID-MURID TAHAP 2