Kejohanan Merentas Desa Peringkat Sekolah 2018

Februari 08, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Pada 7 Februari 2018, SKJS(1) telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa peringkat sekolah. Peserta-peserta yang mengambil bahagian terdiri dari pelajar-pelajar Tahap 2. Kejohanan ini turut dijayakan dengan penglibatan guru-guru, AJK PIBG dan polis trafik dari Balai Seksyen 8 yang bertanggungjawab menjaga keselamatan sepanjang acara larian merentas desa dijalankan.

Setelah larian berakhir, acara penyampaian hadiah menyusul buat para pemenang. Tahniah diucapkan kepada semua yang mejayakan kejohanan ini. Tahniah juga kepada Rumah Mahsuri kerana menjuarai kategori rumah sukan.

ACARA : KEJOHANAN MERENTAS DESA
TARIKH : 7 FEBRUARI 2018
TEMPAT : SKJS(1), PETALING JAYA
SASARAN : PELAJAR-PELAJAR TAHAP 2

Pengenalan

Bidang sukan sangat penting dalam mengoptimumkan keupayaan fizikal murid selaras dengan ungkapan "Badan Cergas Minda Cerdas"

Objektif :
  • Meningkatkan kecergasan jasmani
  • Membentuk sahsiah, jati diri, displin dan niali murni
  • Mebentuk budaya bersukan di kalangan murid
  • Memenuhi naluri semulajadi murid dalam aktiviti keperluan fizikal
  • Mewujudkan landasan ke arah kecemerlangan sukan



Taklimat dan penerangan oleh Cikgu Khairee

Senamrobik di dalam dewan




Pelepasan peserta

Guru-guru bersama polis trafik yang bertugas mengawal keselamatan semasa larian merentas desa






 


Disediakan oleh : Hanim Binti Hashim

Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »