Mesyuarat PIBG SKJS(1) Kali ke-45

Februari 26, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Mesyuarat Agung PIBG bagi tahun 2018 telah diadakan pada hari Sabtu yang lepas. Tahun ini, walaupun tiada pemilihan AJK PIBG baru dibuat (pemilihan AJK dibuat 2 tahun sekali seperti yang telah dipersetujui dalam Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44) namun kehadiran ibubapa/penjaga masih kurang memberangsangkan berbanding tahun-tahun lepas. 

Pendaftaran ibubapa dibuat seawal jam 8.00pagi di perkarangan sekolah sebelum diminta masuk ke dalam dewan untuk mendengar taklimat tentang FROG VLE. Pada pukul 9.00pagi majlis dimulakan.



Acara : MESYUARAT AGUNG PIBG SKJS(1) KALI KE-45
Tarikh : 24 FEBRUARI 2018
Tempat : Dewan Zamrud SKJS(1)
Waktu : 9.00pagi - 12.00tghari
Perasmi : Dato' Ir. Haji Manan Bin Amir (Khairi Consult Sdn Bhd)


Dato' Ir. Haji Manan memberikan ucapan perasmian


Majlis dirasmikan oleh Dato' Ir. Haji Manan Bin Amir yang turut dihadiri oleh YDP PIBG SKJS(1), Puan Hamidah Binti Jaafar dan Guru Besar SKJS(1), En. Razwan Bin Mohd Zin. Dato' Ir. Haji Manan turut berbesar hati memberi sedikit sumbangan kepada pihak sekolah dan memberi saguhati kepada barisan guru dan AJK PIBG di majlis tersebut. 

Setelah ucapan perasmian selesai, majlis diteruskan dengan penyampaian hadiah untuk 2 orang pelajar yang telah cemerlang UPSR tahun 2017. Pelajar-pelajar tersebut ialah adik Wan Nurul Aleesya An Nas Binti Zsayunaz & adik Ain Sufiyah Binti Ahmad Shanif.

Penyampaian cenderahati kepada AJK PIBG 2017/2018

Kemudian disusuli pula dengan penyampaian cenderhati kepada AJK PIBG 2017/2018 yang telah menyumbang bakti dan kerjasama terhadap sekolah. Cenderahati disampaikan oleh Dato' Ir. Haji Manan.



Pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat PIBG dimulakan

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 diteruskan dengan pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung PIBG, SK JALAN SELANGOR (SATU) kali ke-44, membentang dan menerima Penyata Kewangan PIBG sesi 2017/2018 serta pembentangan usul/cadangan. Untuk mendapatkan Minit Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 >>> muat turun Minit Mesyuarat

Mesyuarat Agung PIBG diselangselikan dengan acara cabutan bertuah. Terdapat 10 hadiah menanti pemenang-pemenang bertuah. Tahniah diucapkan kepada yang berjaya! 


Pemenang-pemenang untuk cabutan bertuah

Sebelum pulang, sesi bergambar AJK PIBG bersama guru-guru di Dewan Zamrud. Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada ibubapa yang berjaya dan sudi meluangkan masa hadir pada Mesyuarat Agung PIBG kali ke-45 ini. Semoga lebih ramai lagi ibubapa dapat meluangkan masa hadir ke sekolah untuk mengetahui lebih lanjut tentang perkembangan anak dan memberi kerjasama yang baik demi kecemerlangan akademik dan sahsiah anak-anak.







Disediakan oleh : Hanim Hashim

Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »