Memaparkan catatan dengan label 2018. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 2018. Papar semua catatan

Hari Anugerah Cemerlang 2018 & Majlis Graduasi Tahun 6

November 28, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Alhamdulillah majlis anugerah cemerlang dan majlis graduasi Tahun 6 telah pun selamat diadakan pada pertengahan bulan November ini. Setiap tahun, pihak sekolah tidak ketinggalan meraikan penghargaan dan kecemerlangan para pelajar yang telah berusaha dalam peperiksaan.

Turut diraikan juga adalah graduasi pelajar-pelajar Tahun 6 yang berjaya menamatkan sekolah rendah dan bakal memasuki sekolah menengah tahun hadapan.

PROGRAM : MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG 2018
TARIKH : 15 NOVEMBER 2018  (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SK JALAN SELANGOR (1)
MASA : 9.00 PAGI - 12 TENGAHARI

Sambutan Hari Kanak-Kanak 2018

November 22, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak sekolah tidak ketinggalan meraikan sambutan Hari Kanak-kanak yang disambut setiap 20hb November. Untuk tahun 2018, sambutan Hari Kanak-kanak peringkat sekolah telah diadakan pada 21 November 2018 bersamaan dengan hari Rabu.

ACARA : SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK
TEMPAT : PAVILION SEKOLAH
MASA : 9.00pagi - 12tengahari
JEMPUTAN : GURU-GURU, MURID-MURID & IBUBAPA



Pelbagai aktiviti telah disusun oleh guru-guru yang terlibat bagi memeriahkan acara sambutan tersebut. Setiap murid perlu memakai baju mengikut tema yang diberikan, dan pada tahun ini temanya ialah Kain Sarong Batik.

Selain persembahan tarian, terdapat juga beberapa acara pertandingan untuk murid-murid yang mengambil bahagian. Akhir sekali, penyampaian hadiah kepada murid yang menang.

Majlis Sambutan Hari Raya 1439H

Julai 09, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Kemeriahan Syawal yang mulia diteruskan lagi dengan majlis sambutan Hari Raya di sekolah. Murid-murid dan guru-guru mengambil peluang ini berpakaian cantik dan berwarna-warni sambil membawa juadah raya yang disediakan sendiri oleh ibubapa masing-masing.

Turut diadakan adalah acara tarian dan nyanyian oleh murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang mengambil bahagian.

ACARA : MAJLIS JAMUAN HARI RAYA
TARIKH : 6 JULAI 2018 (JUMAAT)
TEMPAT : SKJS (1)
MAKANAN : POTLUCK OLEH MURID-MURID DAN GURU-GURU


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR & BATIN

Jun 15, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi, kita dapat meraikan Aidilfitri pada tahun ini. Di kesempatan ini, kami warga pendidik SK JALAN SELANGOR (SATU) ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua warga SKJS(1) dan selamat bercuti.


Kredit foto : Cikgu Syafiqah