Hari Anugerah Cemerlang 2018 & Majlis Graduasi Tahun 6

November 28, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Alhamdulillah majlis anugerah cemerlang dan majlis graduasi Tahun 6 telah pun selamat diadakan pada pertengahan bulan November ini. Setiap tahun, pihak sekolah tidak ketinggalan meraikan penghargaan dan kecemerlangan para pelajar yang telah berusaha dalam peperiksaan.

Turut diraikan juga adalah graduasi pelajar-pelajar Tahun 6 yang berjaya menamatkan sekolah rendah dan bakal memasuki sekolah menengah tahun hadapan.

PROGRAM : MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG 2018
TARIKH : 15 NOVEMBER 2018  (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SK JALAN SELANGOR (1)
MASA : 9.00 PAGI - 12 TENGAHARI


Ucapan Guru Besar SKJS(1), Pn. Norliza Yusoff

Ucapan perasmian oleh YDP PIBG SKJS(1), Pn. Hamidah Jaafar


Majlis dimulakan dengan ucapan aluan pengerusi majlis, ucapan Guru Besar dan ucapan perasmian oleh YDP PIBG sekolah. Kemudian, tayangan slide mengenai program-program sekolah sepanjang 2018 dipertontonkan kepada tetamu dan ibubapa.


Tayangan slide 

MAJLIS HARI ANUGERAH CEMERLANG





Majlis dimeriahkan dengan persembahan tarian oleh murid-murid Tahap 1 & 2 yang memperlihatkan bakat seni tarian masing-masing.




Anugerah Tokoh Kokurikulum, adik Nur Balqis Insyirah Bt Fakhrulazmi

Anugerah Tokoh Akademik, adik Sharannia A/P Anandan


MAJLIS GRADUASI TAHUN 6











Tahniah dan syabas kepada semua murid yang cemerlang pada tahun ini. Moga kejayaan mereka menjadi inspirasi dan aspirasi kepada murid-murid lain untuk cemerlang di masa hadapan.

Dan kepada murid-murid Tahun 6, tahniah kerana berjaya menamatkan pembelajaran sekolah rendah, serta selamat menempuh alam sekolah menengah pada tahun hadapan.

Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »