Mereka yang perlu mendaftar adalah kanak-kanak Warganegara Malaysia yang lahir pada tahun 2013, 2014, dan hari pertama 2014.
- Tarikh Lahir 2 JAN 2013 – 1 JAN 2014: Tahun Persekolahan 2020
- Tarikh Lahir 2 JAN 2014 – 1 JAN 2015: Tahun Persekolahan 2021
CARA MEMBUAT PENDAFTARAN TAHUN SATU SECARA ONLINE
1. Isi Borang Online
Isi borang yang terdapat pada laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.
2. Cetak Borang
Borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dicetak untuk tujuan pengesahan di sekolah.
3. Hadir Ke Sekolah Untuk Pengesahan
Selepas mendaftar secara online, ibu bapa diminta hadir ke sekolah yang dipohon dalam tempoh permohonan tersebut untuk membuat pengesahan.
Bawa dokumen berikut dalam bentuk asal dan salinan:
1) Cetakan borang permohonan online
2) Sijil lahir / anak angkat
3) Bukti alamat tempat tinggal (Bil elektrik/ bil air/ bil utiliti)
4) Kad pengenalan ibu bapa / penjaga
5) Surat nikah / surat cerai
6) Kad OKU / Imunisasi (jika berkaitan)
4. Semak Status Permohonan Tahun Satu
Selepas proses pendaftaran selesai, tunggu fasa selanjutnya untuk menyemak status permohonan. Semakan keputusan pendaftaran Tahun Satu biasanya akan dimaklumkan sekitar bulan Julai/Ogos. Jika berjaya, sekolah akan mengemukakan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan.
Jika tidak berjaya, boleh membuat rayuan pada tarikh yang akan dimaklumkan.
TERKINI : Perhatian kepada pemohon kemasukan tahun satu ke sekolah di WP Putrajaya : Semakan permohonan ke tahun satu kemasukan 2020 DITANGGUHKAN. Tarikh semakan keputusan baru adalah pada 1 Oktober 2019. Harap maklum.