Hari Orientasi Tahun 1 Sesi 2019

Januari 15, 2019

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Selamat Tahun Baru 2019 dan selamat kembali ke sekolah diucapkan kepada semua warga SKJS (1). Program sekolah yang pertama bagi sesi 2019 dimulakan dengan Program Orientasi bagi pelajar baru Tahun 1 yang telah mendaftar di sekolah ini pada tahun lepas.

Satu majlis suaikenal telah diadakan pada penghujung bulan Disember lepas dan pelajar-pelajar Tahun 1 serta ibubapa telah diberi taklimat ringkas.

PROGRAM : ORIENTASI TAHUN 1
TARIKH : 28 DISEMBER 2018 (SABTU)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKSJ(1)
BILANGAN PELAJAR TAHUN 1 : 25 ORANG



Sementara ibubapa mendengar ucapan dan taklimat di dalam dewan, pelajar-pelajar Tahun 1 dibawa melawat kawasan sekolah untuk melihat kemudahan yang ada seperti kantin, perpustakaan, bilik komputer dan lain-lain. 

Lawatan diiringi oleh cikgu-cikgu kemudian membawa pelajar-pelajar ke kelas Tahun 1 dan diteruskan dengan aktiviti mewarna.



Pendaftaran oleh ibubapa pelajar Tahun 1

Ucapan aluan oleh Guru Besar SKJS(1), Pn. Norliza










Kepada semua pelajar Tahun 1, pihak sekolah mengucapkan selamat datang ke SKJS(1) dan selamat menimba ilmu. Semoga semua pelajar SKJS(1) dapat mencipta kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang akademik tapi dalam kehidupan.

Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »