Perlaksanaan Pentaksiran Untuk Murid Tahap 1

Januari 04, 2019

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Selamat Tahun Baru 2019 diucapkan kepada semua warga sekolah SKJS (1) dan selamat kembali ke sekolah.

Pada bulan November tahun lepas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa bermula tahun ini, murid-murid Tahap 1 (Tahun 1,2 & 3) tidak perlu menduduki peperiksaan (awal tahun & akhir tahun), tapi akan digantikan dengan sistem pentaksiran Tahap 1 melalui 5 aktiviti di dalam bilik darjah.

Lima aktiviti tersebut ialah :

  1. Kuiz
  2. Permainan
  3. Main Peranan
  4. Bercerita
  5. Projek Mudah



Diharap ibubapa warga SKJS (1) dapat memberikan kerjasama padu dan sokongan kepada warga guru dan anak-anak murid bagi memudahan proses pembelajaran di sekolah, serta dapat melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang akademik tapi cemerlang sahsiah dan peribadi.


Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »