Majlis Sambutan Hari Raya 1440H

Jun 18, 2019

Assalamualaikum! Indahnya Syawal terus diraikan. Seperti tahun-tahun sebelumnya, sambutan Hari Raya tetap diraikan dengan sederhana tetapi meriah bersama warga pendidik, pelajar-pelajar SK Jalan Selangor (Satu) dan PIBG sekolah.

PROGRAM : MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA
TARIKH : 14 JUN 2019 (JUMAAT)
MASA : 8.55 PAGI HINGGA 11.55 PAGI
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
SUMBANGAN MAKANAN : POTLUCK OLEH MURID & CIKGU

Majlis sambutan turut diserikan dengan persembahan tarian dan nyanyian lagu hari raya oleh murid-murid serta guru-guru. 































Jutaan penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua ibubapa yang menyumbangkan makanan untuk potluck sempena majlis sambutan hari raya tahun ini, juga orang perseorangan yang menyumbangkan kek dan duit raya. 

Terima kasih juga diucapkan kepada semua murid dan guru-guru yang sentiasa memberikan kerjasama yang baik sepanjang majlis berlangsung. Semoga Aidilfitri tahun ini menjadi lipatan kenangan terindah buat semua. Moga kita berpeluang meraikannya lagi di tahun hadapan...insyaAllah.

Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »