Perkhemahan Badan Beruniform SKJS(Satu)

Jun 25, 2019

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Minggu lepas telah berlangsung dengan jayanya program Perkhemahan yang melibatkan semua badan beruniform di sekolah. Perkhemahan ini adalah wajib bagi murid-murid Tahun 4, 5 dan 6 dan telah berlangsung selama dua hari satu malam di sekolah.

PROGRAM : PERKHEMAHAN BADAN BERUNIFORM 
TARIKH : 21-22 JUN 2019 (JUMAAT-SABTU)
TEMPAT : SKJS (SATU)
PERINGKAT : SEKOLAH
PENGLIBATAN : GURU-GURU DAN MURID2 TAHUN 4, 5 & 6



Program perkhemahan dimulakan dengan pendaftaran oleh peserta-peserta mengikut kumpulan masing-masing. Kemudian, semua peserta mula melakukan aktiviti memasang khemah yang turut dibantu oleh guru-guru bertugas.

Pada sebelah malamnya pula, permainan dan aktiviti bbq pula dijalankan. Selain guru-guru, ajk PIBG dan ibubapa juga turun padang bagi memeriahkan suasana dan membantu guru-guru bagi melancarkan perjalanan aktiviti program.



















Pada keesokannya, program diteruskan dengan pertandingan kawad kaki oleh semua unit badan beruniform, aktiviti laluan halangan dan pertandingan memasak. 











Maka, berakhirlah program perkhemahan unit badan beruniform SKJS(Satu) untuk tahun ini. Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua peserta, guru-guru, ajk PIBG dan ibubapa yang sama-sama membantu menjayakan program sekolah ini.

Tahniah juga diucapkan kepada semua pemenang untuk pertandingan yang dijalankan. Semoga semua peserta dapat mendapat manfaat dari program ini.



Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »