Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mencipta inisiatif baru bagi memudahkan ibubapa menyemak kehadiran anak masing-masing ke sekolah secara online. Ibubapa hanya perlu mendaftar sebelum mendapatkan laporan kehadiran murid dari masa ke semasa atau secara bulanan.
Ibubapa perlu mendaftar dengan memasukkan butiran diri sebelum mendapatkan kata laluan atau password. Setelah berjaya mendaftar, ibubapa boleh ke halaman utama untuk login.
Gambar 1
Cara Semak Kehadiran Murid Ke Sekolah Secara Online
1. Pergi ke public.moe.gov.my . Sekiranya tidak pernah mendaftar, maka ibubapa perlu mendaftar terlebih dahulu. Kemudian, kembali ke halaman utama.
2. Masukkan No. Kad Pengenalan dan kata laluan @ password di panel 'Daftar Masuk' (Contoh 1). Tekan Enter.
3. Klik pada panel 'Kehadiran' seperti di Gambar 2. Nama anak anda akan dipaparkan seperti di Gambar 3.
4. Klik pada nama anak untuk melihat maklumat seperti Nama Murid, Sekolah, Darjah/Tingkatan dan Nama Guru Kelas (Gambar 4). Kemudian klik pada 'Laporan Kedatangan'.
5. Ibubapa boleh menyemak kedatangan anak setiap hari. Laporan kedatangan ini lengkap dengan butiran murid, kalendar kedatangan, petunjuk bagi makluman cuti sekolah serta peratus kedatangan (Gambar 5). Ibubapa juga boleh menyemak kedatangan mengikut bulan yang dikehendaki.
6. Ibubapa juga boleh mendapatkan laporan keseluruhan dengan klik 'kembali ke Senarai Anak' dan klik 'Rumusan Kehadiran'. Satu laporan lengkap 12 bulan akan dipaparkan seperti dalam Gambar 6.
Gambar 2
Gambar 3
Gambar 4
Gambar 5
Gambar 6
Untuk makluman ibubapa, rekod kedatangan murid ke sekolah direkodkan oleh Guru Kelas masing-masing secara online. Oleh itu, ibubapa hanya boleh mendapatkan laporan kedatangan sebagai rujukan sahaja. Sekiranya rekod kedatangan murid tidak dikemaskini, ibubapa tidak perlu risau kerana Guru Kelas akan memasukkannya kemudian.
Moga ibubapa dapat menggunakan kemudahan ini dengan sepenuhnya dan memastikan anak-anak dapat hadir ke sekolah setiap hari.
EmoticonEmoticon