Simptom-simptom Wabak Influenza A & Langkah Pencegahannya

Januari 16, 2020

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kebelakangan ini, kita banyak mendengar kes-kes berkaitan wabak penyakit Influenza A yang telah merebak di kalangan kanak-kanak yang kebanyakannya umur dalam lingkungan murid sekolah rendah. Oleh itu, ibubapa perlu mengambil langkah-langkah proaktif bagi memastikan anak-anak terhindar dari virus Influenza.

Apakah itu Influenza?

Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti saluran pernafasan. Ia boleh menyebabkan gejala jangkitan yang ringan ataupun serius. Dalam keadaaan tertentu, ia boleh mengancam nyawa individu yang dijangkiti.




Siapakah Yang Berisiko Dijangkiti Influenza A?

Antara golongan yang berisiko terdedah kepada jangkitan Influenza A telah dikenalpasti, iaitu:
  • Kanak-kanak berumur >5 tahun
  • Wanita hamil
  • Warga tua berumur >65 tahun keatas
  • Pesakit kronik (Cth : kencing manis, darah tinggi, lelah)
  • Individu yang mempunyai daya ketahan badan yang rendah akibat penyakit kronik (Cth : pesakit kanser, HIV)
  • Individu obes



Gejala & Simptom Influenza A

Terdapat beberapa gejala atau simptom yang boleh dilihat bila seseorang dijangkiti Influenza A. Antaranya :

  • Demam panas (>38°C)
  • Sakit tekak
  • Batuk
  • Muntah-muntah
  • Sakit perut & cirit-birit (biasanya dikalangan kanak-kanak)
  • Sakit kepala
  • Menggigil
  • Letih lesu (sakit badan)
  • Sukar bernafas




Adakah Influenza Mudah Berjangkit?

Ya, penyakit influenza sangat mudah merebak dan individu yang mempunyai influenza berisiko menyebabkan jangkitan kepada orang lain. Influenza merebak melalui sebaran titisan saluran pernafasan ketika bersin, batuk atau bercakap. Titisan ini boleh mencemarkan permukaan dan menyebabkan jangkitan kepada orang lain yang menyentuh permukaan tersebut.

Komplikasi : Pneumonia dan maut




Apa yang ibubapa/guru perlu buat sekiranya anak mereka dijangkiti Influenza A?


Sekiranya murid atau warga sekolah yang didapati positif dijangkiti atau mempunyai simptom-simptom Infuenza A atau Influenza-Like Ilness (ILI) di sekolah, maka pihak sekolah atau guru-guru perlu mengambil tindakan seperti berikut :

  • Asingkan di bilik khas atau bilik sakit
  • Hubungi ibubapa/penjaga dengan serta-merta untuk murid dihantar pulang atau dapatkan rawatan segera di klinik/hospital
  • Guru Besar/Pengetua mewujudkan kesedaran murid tentang amalan kebersihan di sekolah dan tatacara bersin dan batuk yang betul
  • Saringan suhu perlu dibuat dan dilapor ke PPD dan Pejabat Kesihatan Daerah bagi sekolah yang mempunyai rekod ketidakhadiran yang tinggi
  • Murid yang terjangkiti perlu diasingkan daripada penguni asrama sehingga benar-benar sembuh
  • Ibubapa tidak menghantar anak yang sakit ke sekolah sehingga anak disahkan sembuh sepenuhnya




Langkah-langkah Pencegahan Influenza

Langkah terbaik untuk mencegah jangkitan influenza adalah dengan mengambil suntikan vaksinasi secara tahunan bagi individu yang berumur 6 bulan dan keatas.

Selain itu, langkah-langkah pencegahan yang lain juga boleh diamalkan :
  • Mengamalkan adab ketika batuk atau bersin dengan menutup mulut dan hidung dengan tisu atua penutup mulut
  • Memakai topeng muka ketika berada di luar rumah/sekolah dan membuangnya setelah digunakan
  • Sentiasa mengamalkan kebersihan diri dengan kerap mencuci tangan dengan sabun atau hand sanitizer
  • Jarakkan diri daripada individu yang dijangkiti oleh influenza
  • Elakkan dari pergi ke tempat-tempat awam seperti taman, pusat membeli belah. Sekiranya perlu pergi juga, pakai penutup hidung dan mulut (face mask)




Beza Antara Selsema Biasa Dan Influenza A (H1N1)

Terdapat perbezaan antara selsema biasa dan Influenza A. Oleh itu, ibubapa perlu mengenali simptom atau tanda-tanda dan sejauh mana kroniknya gejala yang dialami oleh anak-anak.



Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »