TARIKH: 5 MAC 2022
MURID SEKOLAH RENDAH

Murid sekolah rendah yang jumlah murid lebih 600 orang akan bergilir untuk murid Tahun 3, 4 dan 5. Murid lain hadir ke sekolah secara bersemuka

Murid sekolah rendah yang kurang 600 orang murid hadir ke sekolah secara bersemuka
MURID SEKOLAH MENENGAH

Semua murid sekolah menengah akan PdPR kecuali sekolah berasrama penuh bermula 21 Mac hingga 3 April 2022

Bermula 4 April 2022, semua murid sekolah menengah akan hadir ke sekolah secara bersemuka
MURID SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Sekolah Berasrama Penuh akan masuk ke asrama tanpa penggiliran bermula 4 April 2022 untuk murid Tingkatan 2,3,4 ,5 ,6, Pra Universiti, IBDP, Peperiksaan Antarabangsa Setara.

Murid Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh boleh memilih untuk PdPR ataupun menumpang di sekolah harian yang berdekatan rumah
KOLEJ VOKASIONAL

Sesi persekolahan akan berlangsung tanpa penggiliran
KOLEJ MATRIKULASI/ INSTITUT PENDIDIKAN GURU

Semua murid akan hadir tanpa penggiliran
Sumber : Dr. Radzi Jidin
EmoticonEmoticon