Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023/2024 Secara Online

Mac 01, 2022


ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA,


PERKONGSIAN INFO PENDAFTARAN KANAK-KANAK KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024 BAGI DAERAH PETALING UTAMA


➡️ secara atas talian dibuka mulai 1 MAC 2022 - 30 APRIL 2022 laman sesawang https://public.moe.gov.my 


➡️ kanak-kanak warganegara yang lahir pada 02 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017 akan bersekolah pada sesi persekolahan tahun 2023


➡️ kanak-kanak warganegara yang lahir pada 02 Januari 2017 hingga 01 Januari 2018 akan bersekolah pada sesi persekolahan tahun 2024


➡️ jika mendaftar mulai 1 Mei 2022 sehingga 15 Disember 2022 - pendaftaran ini dikira pendaftaran lewat.


➡️ jika mendaftar selepas 15 Disember 2022, ibu bapa perlu membuat pendaftaran secara manual.



CARA MEMBUAT PENDAFTARAN TAHUN SATU SECARA ONLINE


1. Isi Borang Online
Isi borang yang terdapat pada laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berikut adalah pautannya: https://public.moe.gov.my

2. Cetak Borang
Borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dicetak untuk tujuan pengesahan di sekolah.

3. Hadir Ke Sekolah Untuk Pengesahan
Selepas mendaftar secara online, ibu bapa diminta hadir ke sekolah yang dipohon dalam tempoh permohonan tersebut untuk membuat pengesahan.
Bawa dokumen berikut dalam bentuk asal dan salinan:
1) Cetakan borang permohonan online
2) Sijil lahir / anak angkat
3) Bukti alamat tempat tinggal (Bil elektrik/ bil air/ bil utiliti)
4) Kad pengenalan ibu bapa / penjaga
5) Surat nikah / surat cerai
6) Kad OKU / Imunisasi (jika berkaitan)

4. Semak Status Permohonan Tahun Satu
Selepas proses pendaftaran selesai, tunggu fasa selanjutnya untuk menyemak status permohonan. Semakan keputusan pendaftaran Tahun Satu  biasanya akan dimaklumkan sekitar bulan Julai/Ogos. Jika berjaya, sekolah akan mengemukakan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan.
Jika tidak berjaya, boleh membuat rayuan pada tarikh yang akan dimaklumkan.

Tindakan Ibubapa / Penjaga

Ibubapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara online dengan mengisi butiran diperlukan dalam Sistem Pendaftaran Atas Talian serta mencetak bukti permohonan online berkenaan perlu hadir ke pejabat sekolah yang dipohon dalam tempoh pendaftaran dibuka untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen.


Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »