Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 telah diadakan buat pertama kalinya secara bersemuka di antara guru-guru dan ibubapa/penjaga baru-baru ini bagi membincangkan agenda-agenda sekolah.
Tarikh: 25 Jun 2022
Hari : Sabtu
Masa : 9:30 pagi - 12:00 tengah hari
Buku Program: https://anyflip.com/abloo/yukw/
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar diikuti dengan taklimat ringkas yang diberikan oleh PK HEM dan PK Kanan 1. Majlis diserikan dengan persembahan kreatif dan menghiburkan dari murid-murid dari Tahun 1 sehingga Tahun 6.
Kehadiran ibubapa kali ini juga amat memberangsangkan. Diharap rekod baik ini dapat diteruskan untuk program-program lain di masa akan datang.
EmoticonEmoticon