Memaparkan catatan dengan label PIBG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PIBG. Papar semua catatan

Penyerahan Geran Komuniti Daripada Datuk Bandar Petaling Jaya

Disember 03, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baru-baru ini, SKJS (1) telah menerima Geran Komuniti untuk projek Taman Sumber dan Hidroponik dari pihak Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ). Penyerahan 'mock cheque' disampaikan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya dan diterima oleh Guru Besar, Pn. Sabariah.


Tahniah buat SKJS (1) dan seribu penghargaan kepada guru-guru yang telah menyiapkan kertas kerja projek serta AJK PIBG terutama En. Jayaganesh yang telah memperkenalkan geran komuniti ini kepada pihak sekolah. 








Mesyuarat Agung PIBG SK Jalan Selangor (Satu) kali ke-49/2022

Jun 30, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 telah diadakan buat pertama kalinya secara bersemuka di antara guru-guru dan ibubapa/penjaga baru-baru ini bagi membincangkan agenda-agenda sekolah.

Tarikh: 25 Jun 2022

Hari : Sabtu

Masa : 9:30 pagi - 12:00 tengah hari

Buku Program: https://anyflip.com/abloo/yukw/


Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar diikuti dengan taklimat ringkas yang diberikan oleh PK HEM dan PK Kanan 1. Majlis diserikan dengan persembahan kreatif dan menghiburkan dari murid-murid dari Tahun 1 sehingga Tahun 6.


Kehadiran ibubapa kali ini juga amat memberangsangkan. Diharap rekod baik ini dapat diteruskan untuk program-program lain di masa akan datang.













Mesyuarat diakhiri dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang bertuah.



MESYUARAT AJK PIBG BIL.1/2022

Jun 01, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Satu perjumpaan AJK Ibubapa dan AJK Guru telah diadakan di Bilik Gerakan sekolah pada 23 Mei (Isnin) bagi membincangkan beberapa perkara, antaranya persiapan untuk Mesyuarat Agung PIBG SKJS(1) Yang ke-49 yang dijadualkan bakal berlangsung pada bulan Jun ini.


Selain itu, semua AJK PIBG turut membincangkan tentang cadangan pengedaran borang usul yang akan diedarkan kepada ibubapa melalui murid-murid sebelum bermula penggal cuti persekolahan.


Tarikh: 23 Mei 2022

Hari : Isnin

Masa : 2.00 petang


Agenda:

1. Ucapan penasihat PIBG

2. Ucapan YDP PIBG

3. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat

4. Perkara-perkara berbangkit

5. Perkara-perkara baharu

    5.1 Perbincangan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49

6. Hal-hal lain

7. Ucapan penangguhan








Mesyuarat Agung Tahunan PIBG SK Jalan Selangor (Satu) kali ke-48

Oktober 25, 2021 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Mesyuarat Agung PIBG kali ke-48 telah diadakan secara maya buat pertama kalinya di pautan Google Meet antara guru-guru dan ibubapa/penjaga baru-baru ini bagi membincangkan agenda-agenda sekolah dan juga melantik barisan AJK PIBG yang baru bagi sesi 2021/2022.


Tarikh: 23 Oktober 2021

Hari : Sabtu

Masa : 9:30 pagi - 12:00 tengah hari

Pautan Google Meet: https://meet.google.com/xqd-btep-jac

Buku Program: https://anyflip.com/vicsg/xxsm/









BARISAN BARU PIBG SESI 2021/2022

YDP PIBG : PN AIRUDIZA
NAIB YDP : EN. MOHD UQBAH


BARISAN AJK IBUBAPA:

EN. SAHMSOL AZIZI 
PN. HANIM
PN. HASNIZA
EN. RAZLAN
EN. JAYAGANESH
EN. SHAHRUL SHAHRIN
EN. ZAINOL


JURUAUDIT IBUBAPA : EN. AZMAN

Tahniah kepada barisan AJK PIBG yang baru dilantik. Semoga dapat menjalankan tugas dengan baik dan cemerlang untuk kebaikan murid dan sekolah.

Notis Panggilan Mesyuarat PIBG SKJS(1)

Oktober 02, 2021 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Makluman kepada semua ibubapa/penjaga SKJS(1), satu mesyuarat agung PIBG bagi tahun 2021 akan diadakan secara maya di Google Meet. Oleh itu, mohon ibubapa/penjaga dapat meluangkan masa menghadiri mesyuarat ini bagi membincangkan agenda-agenda yang berkaitan dengan murid dan sekolah.