Memaparkan catatan dengan label Merdeka 2018. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Merdeka 2018. Papar semua catatan

Majlis Penutupan Sambutan Bulan Kemerdekaan 2018

September 24, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Minggu lepas warga SKJS(1) telah mengadakan satu majlis penutupan sambutan bulan kemerdekaan 2018 di sekolah. Pelbagai aktiviti dan acara telah dipertandingkan untuk semua murid yang terlibat.

PROGRAM : MAJLIS PENUTUPAN SAMBUTAN BUKAN KEMERDEKAAN 2018
TARIKH : 21HB SEPTEMBER 2018
MASA : 7.45PAGI
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD, SKJS(1)


Program Ambang Merdeka 2018

September 03, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Menjelang sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-61, SKJS(1) telah mengadakan beberapa aktiviti di sekolah yang melibatkan pelajar-pelajar dari Tahun 1 hingga Tahun 6.

PROGRAM : AMBANG MERDEKA
TARIKH : 30HB OGOS 2018 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD & KAWASAN SEKOLAH SKJS(1)
PENGLIBATAN : TAHAP 1 - KRAF TRADISIONAL
                        TAHAP 2 - JEJAK-JEJAK PATRIOTIK (ALA-ALA TREASURE HUNT)
ANJURAN : PANITIA SEJARAH, PANITIA SENI VISUAL, PANITIA BAHASA MELAYU & PANITIA BAHASA INGGERIS

TAHAP 1 - KRAF TRADISIONAL 

Murid-murid Tahun 1-3 perlu menyediakan satu kraf tradisional yang melambangkan lambang/budaya hidup bermasyarakat di Malaysia.


SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN YANG KE 61

Ogos 30, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Warga sekolah SK Jalan Selangor (Satu) ingin mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE 61 kepada semua murid-murid, ibubapa dan seluruh rakyat Malaysia.

Sambutlah hari yang penuh bersejarah ini dengan penuh kesyukuran dan perpaduan sesama kita. Moga Malaysia terus maju, aman, bersatu padu dan makmur hendaknya.


#SayangiMalaysiaku
#KitaPunya
#Merdeka2018
#Merdeka61

Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan

Ogos 20, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61, Panitia Sejarah telah mengadakan majlis pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah.

PROGRAM : MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
TARIKH : 17HB OGOS 2018
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
PENYERTAAN : MURID TAHUN 1 HINGGA 6

Dengan tema 'Sayangi Malaysiaku' yang menjadi tema kebangsaan tahun ini, majlis pelancaran turut diserikan dengan persembahan gimik dari murid-murid TKRS dan sketsa pendek serta nyanyian lagu patriotik beramai-ramai.

Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan oleh Pen. Kanan 1, Cikgu Khairee