Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan

Ogos 20, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Sempena menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-61, Panitia Sejarah telah mengadakan majlis pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan di sekolah.

PROGRAM : MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN
TARIKH : 17HB OGOS 2018
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
PENYERTAAN : MURID TAHUN 1 HINGGA 6

Dengan tema 'Sayangi Malaysiaku' yang menjadi tema kebangsaan tahun ini, majlis pelancaran turut diserikan dengan persembahan gimik dari murid-murid TKRS dan sketsa pendek serta nyanyian lagu patriotik beramai-ramai.

Perasmian Sambutan Bulan Kemerdekaan oleh Pen. Kanan 1, Cikgu Khairee


ucapan perasmian oleh Cikgu Khairee

persembahan gimik














Di kesempatan ini, warga sekolah SKJS(1) ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Merdeka! Merdeka! Merdeka! kepada seluruh rakyat Malaysia yang tercinta. Moga keamanan, kesejahteraan dan kemakmuran negara kita yang tercinta ini sentiasa terpelihara.

Dan bagi generasi muda, teruskan perjuangan memelihara legasi keamanan dan kemakmuran yang kita sedang kecapi sekarang dan jadilah generasi yang bukan saja berilmu, berkeperibadian yang baik dan mulia tapi juga mengenang jasa-jasa orang-orang dahulu memperjuangkan kemerdekaan tanahair yang bertuah ini.

Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »