Program Jalinan Masyarakat

April 02, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Panitia Moral SKJS(1) bersama Jabatan Pengajian India, Fakulti Sastera & Sains Sosial Universiti malaysia (FSSS,UM) sedang mengadakan Program Jalinan Masyarakat yang dikendalikan oleh mahasiswa/i India dari Universiti Malaya.

Program ini turut dihadiri oleh Bekas Guru Besar Sekolah Jenis Kebangsaan (Tamil) Kajang, Encik Subra. Sijil penyertaaan akan diberikan oleh pihak Universiti Malaya.

Butiran Program 

TARIKH : 31 MAC, 1 APRIL, 7 APRIL & 8 APRIL 2018
TEMPAT : BILIK FROG SKJS(1)
PENGLIBATAN : MURID-MURID MORAL SKJS(1)
PENSYARAH UM : DR. G. SIVAPALAN

Terdapat juga slot untuk ibubapa pada 1 April 2018 (Ahad) yang lepas bersama pensyarah UM tentang 'Cara-cara mudah untuk mengajar Bahasa Tamil di rumah'.











Terima kasih diucapkan kepada ibubapa yang sudi meluangkan masa hadir ke Program Jalinan Masyarakat. Semoga program ini dapat dimanfaatkan sebaiknya oleh pelajar-pelajar Moral SKJS(1).


Disediakan oleh : Hanim Hashim

Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »