Memaparkan catatan dengan label Peperiksaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peperiksaan. Papar semua catatan

Penjadualan Semula Tarikh Peperiksaan Akibat CoVID-19

Mac 29, 2020 Add Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Susulan pengumuman Perdana Menteri pada 25hb Mac 2020 berkenaan dengan perlanjutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang akan dilanjutkan sehingga 14hb April 2020, Kementerian Pendidikan telah mengeluarkan kenyataan media berhubung penjadualan semula tarikh peperiksaan penting.

Dibawah dilampirkan jenis tarikh asal peperiksaan dan pindaan tarikh. Untuk peperiksaan UPSR 2020, tarikh asal DIKEKALKAN. Ibubapa boleh rujuk dibawah.



Tarikh UPSR 2020

Januari 06, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Tarikh Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi tahun 2020 telah pun dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan pada bulan Disember lepas.

Ibubapa boleh semak tarikh peperiksaan UPSR 2020 untuk makluman dan sebagai persiapan bagi anak-anak yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini.


Sumber : Lembaga Peperiksaan Malaysia

Tarikh Rasmi Semakan Keputusan UPSR 2019

November 12, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung tarikh rasmi bagi semakan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019. Selain keputusan UPSR, ibubapa juga boleh menyemak keputusan bagi Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) 2019 bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) masalah pembelajaran pada tarikh yang sama.

Penilaian Prestasi Diri & Penetapan Target UPSR.

Jun 28, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Bagi memastikan pelajar-pelajar Tahun 6 bersedia sepenuhnya bagi menduduki peperiksaan penting UPSR tahun ini, pihak sekolah telah mengambil inisitatif untuk mengadakan beberapa program dan kelas tambahan 

Selain itu, satu sesi perjumpaan Guru Besar bersama pelajar-pelajar Tahun 6 telah diadakan baru-baru ini. Dalam perjumpaan tersebut, pelajar-pelajar perlu menyerahkan graf prestasi diri untuk 6 kertas subjek teras UPSR yang akan bakal diduduki dalam bulan September ini.