Tarikh Rasmi Semakan Keputusan UPSR 2019

November 12, 2019

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Dimaklumkan bahawa Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan satu kenyataan media berhubung tarikh rasmi bagi semakan keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2019. Selain keputusan UPSR, ibubapa juga boleh menyemak keputusan bagi Pentaksiran Alternatif Sekolah Rendah (PASR) 2019 bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK) masalah pembelajaran pada tarikh yang sama.

Semua murid Tahun 6 boleh mendapatkan keputusan UPSR 2019 pada 21 November 2019 mulai jam 10.00 pagi di sekolah masing-masing.


Ibubapa boleh membuat semakan keputusan melalui mySMS 15888 dengan menaip UPSR<jarak>AngkaGiliran atau PASR<jarak>AngkaGiliran dan hantarkan SMS ke 15888. Perkhidmatan ini akan diaktifkan bermula jam 10.00 pagi pada 21 November dan akan ditamakan pada jam 6.00 petang pada 30 November 2019.




Ibubapa juga boleh membuat semakan di portal Lembaga Peperiksaan di :



Warga SKJS(1) ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua murid Tahun 6 yang bakal menerima keputusan UPSR 2019.

Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »