Memaparkan catatan dengan label Tahun 1. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tahun 1. Papar semua catatan
Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2023/2024 Secara Online
2022 Pendaftaran Tahun 1 Tahun 1ASSALAMUALAIKUM WBT DAN SALAM SEJAHTERA,
PERKONGSIAN INFO PENDAFTARAN KANAK-KANAK KE TAHUN SATU SESI PERSEKOLAHAN 2023/2024 BAGI DAERAH PETALING UTAMA
➡️ secara atas talian dibuka mulai 1 MAC 2022 - 30 APRIL 2022 laman sesawang https://public.moe.gov.my
➡️ kanak-kanak warganegara yang lahir pada 02 Januari 2016 hingga 1 Januari 2017 akan bersekolah pada sesi persekolahan tahun 2023
➡️ kanak-kanak warganegara yang lahir pada 02 Januari 2017 hingga 01 Januari 2018 akan bersekolah pada sesi persekolahan tahun 2024
➡️ jika mendaftar mulai 1 Mei 2022 sehingga 15 Disember 2022 - pendaftaran ini dikira pendaftaran lewat.
➡️ jika mendaftar selepas 15 Disember 2022, ibu bapa perlu membuat pendaftaran secara manual.
CARA MEMBUAT PENDAFTARAN TAHUN SATU SECARA ONLINE
1. Isi Borang Online
Isi borang yang terdapat pada laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berikut adalah pautannya: https://public.moe.gov.my
2. Cetak Borang
Borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dicetak untuk tujuan pengesahan di sekolah.
3. Hadir Ke Sekolah Untuk Pengesahan
Selepas mendaftar secara online, ibu bapa diminta hadir ke sekolah yang dipohon dalam tempoh permohonan tersebut untuk membuat pengesahan.
Bawa dokumen berikut dalam bentuk asal dan salinan:
1) Cetakan borang permohonan online
2) Sijil lahir / anak angkat
3) Bukti alamat tempat tinggal (Bil elektrik/ bil air/ bil utiliti)
4) Kad pengenalan ibu bapa / penjaga
5) Surat nikah / surat cerai
6) Kad OKU / Imunisasi (jika berkaitan)
4. Semak Status Permohonan Tahun Satu
Selepas proses pendaftaran selesai, tunggu fasa selanjutnya untuk menyemak status permohonan. Semakan keputusan pendaftaran Tahun Satu biasanya akan dimaklumkan sekitar bulan Julai/Ogos. Jika berjaya, sekolah akan mengemukakan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan.
Jika tidak berjaya, boleh membuat rayuan pada tarikh yang akan dimaklumkan.
Tindakan Ibubapa / Penjaga
Ibubapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara online dengan mengisi butiran diperlukan dalam Sistem Pendaftaran Atas Talian serta mencetak bukti permohonan online berkenaan perlu hadir ke pejabat sekolah yang dipohon dalam tempoh pendaftaran dibuka untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen.
Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2022/2023 Secara Online
2021 JPN Selangor Pendaftaran Tahun 1 Tahun 1
Permohonan dan pendaftaran murid Tahun 1 bagi pengambilan 2022 dan 2023 secara online melalui sistem aplikasi Pendaftaran Atas Talian (SPAT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hanya untuk seluruh negeri Semenanjung Malaysia sahaja manakala bagi Negeri Sabah , Sarawak dan W.P Labuan adalah secara manual melalui sekolah.
Info Tahun Kelahiran / Sesi Persekolahan
Kemasukan Tahun 2022/2023 | Kemasukan Tahun 2022/2023 |
Tarikh Mula Pendaftaran 1 MAC 2021 | Tarikh Tutup Pendaftaran 30 APRIL 2021 |
CARA MEMBUAT PENDAFTARAN TAHUN SATU SECARA ONLINE
1. Isi Borang Online
Isi borang yang terdapat pada laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berikut adalah pautannya: https://public.moe.gov.my
2. Cetak Borang
Borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dicetak untuk tujuan pengesahan di sekolah.
3. Hadir Ke Sekolah Untuk Pengesahan
Selepas mendaftar secara online, ibu bapa diminta hadir ke sekolah yang dipohon dalam tempoh permohonan tersebut untuk membuat pengesahan.
Bawa dokumen berikut dalam bentuk asal dan salinan:
1) Cetakan borang permohonan online
2) Sijil lahir / anak angkat
3) Bukti alamat tempat tinggal (Bil elektrik/ bil air/ bil utiliti)
4) Kad pengenalan ibu bapa / penjaga
5) Surat nikah / surat cerai
6) Kad OKU / Imunisasi (jika berkaitan)
4. Semak Status Permohonan Tahun Satu
Selepas proses pendaftaran selesai, tunggu fasa selanjutnya untuk menyemak status permohonan. Semakan keputusan pendaftaran Tahun Satu biasanya akan dimaklumkan sekitar bulan Julai/Ogos. Jika berjaya, sekolah akan mengemukakan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan.
Jika tidak berjaya, boleh membuat rayuan pada tarikh yang akan dimaklumkan.
Tindakan Ibubapa / Penjaga
Ibubapa yang telah berjaya membuat pendaftaran dan permohonan secara online dengan mengisi butiran diperlukan dalam Sistem Pendaftaran Atas Talian serta mencetak bukti permohonan online berkenaan perlu hadir ke pejabat sekolah yang dipohon dalam tempoh pendaftaran dibuka untuk perakuan permohonan dan penghantaran dokumen.
Pendaftaran Tahun 1 Sesi 2021/2022 Secara Online
JPN Selangor Pendaftaran Tahun 1 Tahun 1
Permohonan dan pendaftaran murid Tahun 1 bagi pengambilan 2021 dan 2022 secara online melalui sistem aplikasi Pendaftaran Atas Talian (SPAT) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hanya untuk seluruh negeri Semenanjung Malaysia sahaja manakala bagi Negeri Sabah , Sarawak dan W.P Labuan adalah secara manual melalui sekolah.
Minggu Transisi Tahun 1
2020 Sekolah Rendah Tahun 1
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Pada awal bulan Januari, murid-murid Tahun 1 telah selamat menjalani program Transisi Tahun 1 dengan jayanya. Program yang berlangsung lebih dua minggu ini telah mendedahkan murid-murid Tahun 1 dengan peraturan sekolah dan pembelajaran dalam bilik darjah.
PROGRAM : MINGGU TRANSISI TAHUN 1
TARIKH : 2HB SEHINGGA 22HB JANUARI 2020
PENGLIBATAN : MURID TAHUN 1
Langgan:
Catatan (Atom)