Memaparkan catatan dengan label kokurikulum 2022. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kokurikulum 2022. Papar semua catatan

Majlis Perasmian & Menandatangani LoU National Primary SPODEC 2022

Disember 05, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


MAJLIS : PERASMIAN & MENANDATANGANI LOU NATIONAL PRIMARY SPODEC 2022

TARIKH : 4-6 DISEMBER 2022

TEMPAT : HOTEL THE EVERLY , PUTRAJAYA


Program SPODEC merupakan program pembangunan sukan pertama peringkat kebangsaan yang dianjurkan oleh sekolah di Putrajaya ini. Program ini melibatkan penyertaan dari 38 buah sekolah dari 5 buah negeri.


Terdapat 3 bidang sukan yang menjadi fokus utama, iaitu bola tampar, bola jaring dan bola baling. Tahniah sekali lagi kepada sekolah yang telah memilih untuk menyertai program ini. Justeru, program SPODEC diharap dapat melahirkan pelapis-pelapis dalam sukan terutama bola tampar, bola jaring dan bola baling.


Pihak sekolah melalui wakilnya, Guru Besar Pn. Sabariah berbesar hati telah menghadiri majlis ini bagi menyaksikan perasmian serta menandatangani LoU.










Kejohanan Pembangunan Bola Jaring Petaling Utama 2022

November 08, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baru-baru ini pasukan sekolah telah menyertai Kejohanan Bola Jaring MSSD Peringkat Petaling Utama. Alhamdulillah pasukan sekolah telah mendapat tempat ketiga dalam kejohanan tersebut. Tahniah diucapkan kepada guru-guru dan murid-murid yang terlibat!


PERTANDINGAN : KEJOHANAN BOLA JARING MSSD
PERINGKAT : DAERAH PETALING UTAMA
TARIKH : 1-3 NOVEMBER 2022 







Kejohanan Temasya Sukan Tahunan SKJS (1) 2022

September 01, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 


Seperti tahun-tahun sebelumnya, temasya sukan tahunan sentiasa mendapat sambutan meriah dan memberangsangkan dari murid-murid dan ibubapa yang hadir. Seawal jam 7.30am, ibubapa telah mula mendaftar dan memenuhi kerusi jemputan di Pavilion sekolah. Manakala, murid-murid yang mengambil bahagian dalam acara perbarisan bersiap sedia dengan perhiasan rumah sukan masing-masing. 


Acara bermula dengan pertunjukan perbarisan oleh rumah-rumah sukan dengan perhiasan yang cantik dan unik. Hasil kreativiti adalah dari guru-guru rumah sukan masing-masing.












































Kejohanan Merentas Desa 2022

Mei 25, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Tarikh: 13 Mei 2022

Hari: Jumaat

Masa: 07.45 pagi -10.00 pagi

Penglibatan : Murid-murid Tahap 1 & 2


Aktiviti kecergasan diteruskan dengan kejohanan merentas desa peringkat sekolah melibatkan murid-murid Tahap 1 & 2 bersama guru-guru dan ajk pibg. Sesi dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan beramai-ramai di dewan.