Pelancaran Bilik FROG VLE Oleh Y.B P. Kamalanathan

Januari 24, 2017 Add Comment


Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

ACARA : MAJLIS PELANCARAN BILIK FROG VLE 
TARIKH : 19 JANUARI 2017
TEMPAT : BILIK FROG, SKJS (1)
TETAMU KEHORMAT : TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN, Y.B DATUK P. KAMALANATHAN

Pendokong utama yang menjayakan impian para pelajar disini pastinya Yayasan YTL dengan kerjasama beberapa bank tempatan yang menyumbang kepada kos pembinaan bilik FROG VLE seperti RHB, OCBC, AmBank, MAYBANK dan UOB serta syarikat korporat lain. Terima kasih kerana menyediakan kemudahan chromebook dan akses internet untuk para pelajar sejak ia mula diperkenalkan tiga tahun lepas.

Lebih bersejarah lagi, majlis pelancaran diserikan dengan kehadiran Y.B P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1 yang turut merasmikan bilik FROG. 

Untuk rekod, SK Jalan Selangor (1) adalah antara sekolah perintis yang menggunakan Bilik Bestari Frog VLE yang sejak mula diperkenal pada 2013 oleh Yayasan YTL.



Sambutan Maulidur Rasul 2017

Januari 19, 2017 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

ACARA : PERARAKAN SEMPENA MAULIDUR RASUL 2017
TARIKH : 15 JANUARI 2017
TEMPAT : DEWAN MASJID JAMEK SULTAN ABDUL AZIZ, KAWASAN MELAYU, P.J
PERINGKAT : DAERAH PETALING

Sebanyak 8 buah sekolah turut mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul tahun ini. Sekolah Kebangsaan Jalan Selangor (Satu) telah menghantar 27 orang murid dan 5 orang guru pengiring.

Tempat berkumpul peserta perarakan berlangsung di Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya pada pukul 8.00 pagi sebelum semua peserta mula berarak mengikut sekolah masing-masing sejauh lebih kurang 1km sebelum sampai di Dewan Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya.

SKJS (1) turut terpilih sebagai pemenang tempat ke-3 perarakan terbaik dan membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM500. Tahniah diucapkan kepada murid-murid dan guru-guru yang terlibat.



Persiapan Menjelang Hari Pelancaran Bilik FROG VLE

Januari 17, 2017 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Menjelang Hari Pelancaran Bilik FROG VLE yang akan berlangsung pada 19 Januari 2017, guru-guru dan murid-murid SKJS (1) telah bekerja keras menyiapkan tugasan seminggu sebelumnya bagi memastikan kelancaran majlis pada hari bersejarah buat sekolah itu.

Kerjasama ini turut disertai oleh wakil dari YTL Foundation yang juga merupakan penyumbang terbesar kepada kemudahan chromebook serta jaringan internet untuk kemudahan guru-guru dan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran FROG VLE di sekolah.



Cara Login ke FROG VLE

Januari 12, 2017 Add Comment



Log masuk Frog VLE 

Kini, pengguna boleh log masuk ke dalam Frog VLE menggunakan ID Yes, ID Yes tanpa domain, dan Nombor Kad Pengenalan (No.KP). Guru, murid, dan ibu bapa dapat menggunakan fungsi ini. 

Sebagai langkah keselamatan, Admin boleh log masuk ke dalam Frog VLE menggunakann ID Yes dan ID Yes tanpa domain sahaja. 

Apa itu FROG VLE?

Januari 11, 2017 1 Comment

VLE
  1. Sebagai sebahagian daripada Projek 1BestariNet, sekolah-sekolah di seluruh Malaysia kini dilengkapi dengan Frog VLE (PersekitaranPembelajaran Maya) secara percuma. Frog VLE ialah sebuah platform pembelajaran yang mesra pengguna dan merupakan sebuah gerbang kepada timbunan sumber pendidikan dan aplikasi yang menarik yang sedia ada dalam dunia Internet.
  2. Pelajar boleh mengakses Frog VLE untuk mendapatkan bahan untuk pembelajaran dan ulangkaji di mana jua tanpa mengira masa. Mereka juga boleh menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh guru mereka disamping berkolaborasi untuk menyiapkan tugasan yang diberi.
  3. Frog VLE adalah sangat bermanfaat dan mudah digunakan
    -Pelbagai Widgets yang sangat berguna
    -Pembinaan laman pembelajaran dengan fungsi seret dan lepas
    -Berkolaborasi di mana jua tanpa mengira masa
    -Bukan sekadar mengajar sahaja.
Log masuk dengan 1BestariNet Yes ID anda dan alami Frog VLE dalam langkah mudah ini!