Logo SKJS(1)
Petaling Jaya Sekolah Rendah
KOD SEKOLAH
|
BBB8310
|
NAMA SEKOLAH
|
SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN SELANGOR (SATU)
|
ALAMAT SEKOLAH
|
JALAN PADANG 4/48, 46050 PETALING JAYA,
SELANGOR
|
NO. TEL/FAKS
|
603-7782 1585
|
JENIS SEKOLAH
|
SEKOLAH KEBANGSAAN
|
GRED SEKOLAH
|
A
|
SESI PERSEKOLAHAN
|
PAGI SAHAJA
|
BLOG SEKOLAH
|
skjs1pj.blogspot.com
|
JUMLAH GURU
|
16
|
JUMLAH MURID
|
146
|
JUMLAH STAF SOKONGAN
|
2
|
Disediakan oleh : Hanim Binti Hashim
Pelancaran Bilik FROG VLE Oleh Y.B P. Kamalanathan
2017 Akademik Frog VLE Petaling Jaya PIBG PIBG 2017
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
ACARA : MAJLIS PELANCARAN BILIK FROG VLE
TARIKH : 19 JANUARI 2017
TEMPAT : BILIK FROG, SKJS (1)
TETAMU KEHORMAT : TIMBALAN MENTERI PENDIDIKAN, Y.B DATUK P. KAMALANATHAN
Pendokong utama yang menjayakan impian para pelajar disini pastinya Yayasan YTL dengan kerjasama beberapa bank tempatan yang menyumbang kepada kos pembinaan bilik FROG VLE seperti RHB, OCBC, AmBank, MAYBANK dan UOB serta syarikat korporat lain. Terima kasih kerana menyediakan kemudahan chromebook dan akses internet untuk para pelajar sejak ia mula diperkenalkan tiga tahun lepas.
Lebih bersejarah lagi, majlis pelancaran diserikan dengan kehadiran Y.B P. Kamalanathan, Timbalan Menteri Pendidikan 1 yang turut merasmikan bilik FROG.
Untuk rekod, SK Jalan Selangor (1) adalah antara sekolah perintis yang menggunakan Bilik Bestari Frog VLE yang sejak mula diperkenal pada 2013 oleh Yayasan YTL.
Sambutan Maulidur Rasul 2017
Peringkat Daerah Petaling Jaya Program Sekolah 2017 Sekolah Rendah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
ACARA : PERARAKAN SEMPENA MAULIDUR RASUL 2017
TARIKH : 15 JANUARI 2017
TEMPAT : DEWAN MASJID JAMEK SULTAN ABDUL AZIZ, KAWASAN MELAYU, P.J
PERINGKAT : DAERAH PETALING
Sebanyak 8 buah sekolah turut mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul tahun ini. Sekolah Kebangsaan Jalan Selangor (Satu) telah menghantar 27 orang murid dan 5 orang guru pengiring.
Tempat berkumpul peserta perarakan berlangsung di Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya pada pukul 8.00 pagi sebelum semua peserta mula berarak mengikut sekolah masing-masing sejauh lebih kurang 1km sebelum sampai di Dewan Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya.
Tempat berkumpul peserta perarakan berlangsung di Sekolah Kebangsaan Petaling Jaya pada pukul 8.00 pagi sebelum semua peserta mula berarak mengikut sekolah masing-masing sejauh lebih kurang 1km sebelum sampai di Dewan Masjid Jamek Sultan Abdul Aziz, Petaling Jaya.
SKJS (1) turut terpilih sebagai pemenang tempat ke-3 perarakan terbaik dan membawa pulang hadiah trofi dan wang tunai RM500. Tahniah diucapkan kepada murid-murid dan guru-guru yang terlibat.
Persiapan Menjelang Hari Pelancaran Bilik FROG VLE
2017 Frog VLE Petaling Jaya Program Sekolah 2017 Sekolah Rendah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Menjelang Hari Pelancaran Bilik FROG VLE yang akan berlangsung pada 19 Januari 2017, guru-guru dan murid-murid SKJS (1) telah bekerja keras menyiapkan tugasan seminggu sebelumnya bagi memastikan kelancaran majlis pada hari bersejarah buat sekolah itu.
Kerjasama ini turut disertai oleh wakil dari YTL Foundation yang juga merupakan penyumbang terbesar kepada kemudahan chromebook serta jaringan internet untuk kemudahan guru-guru dan murid-murid dalam aktiviti pembelajaran FROG VLE di sekolah.
Cara Login ke FROG VLE
Frog VLE
Log masuk Frog VLE
Kini, pengguna boleh log masuk ke dalam Frog VLE menggunakan ID Yes, ID Yes tanpa domain,
dan Nombor Kad Pengenalan (No.KP). Guru, murid, dan ibu bapa dapat menggunakan fungsi ini.
Sebagai langkah keselamatan, Admin boleh log masuk ke dalam Frog VLE menggunakann ID
Yes dan ID Yes tanpa domain sahaja.
Langgan:
Catatan (Atom)