TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB UNIT-UNIT HAL EHWAL MURID

Januari 10, 2018

1.0 GURU DISIPLIN

1. Pilih pengawas pada setiap hujung tahun untuk bertugas pada tahun berikutnya.

2. Menentukan pemilihan pengawas adalah berdasarkan pencapaian dalam bidang akademik, kebolehan dan kemampuan pelajar dalam bidang sukan dan permainan.

3. Memastikan perlantikan para pengawas adalah berdasarkan pengalaman, sahsiah, daya kepimpinan dengan mengambil kira pandangan dan sokongan para guru. Pemilihan akhir dilakukan oleh para pelajar dengan cara undi, jikalau didapati sesuai dan boleh dilaksanakan setelah dipersetujui oleh pihak guru.

4.  Pemilihan calon dilakukan oleh guru-guru sendiri dan tidak dicalonkan oleh pelajar.

5. Menentukan Ketua dan Penolong Ketua Pengawas dilantik oleh guru penasihat lembaga pengawas dengan nasihat guru-guru lain.

6.    Mengaturkan mesyuarat lembaga pengawas yang diadakan dari semasa ke semasa di sekolah.

7. Mengawasi disiplin dan akhlak para pelajar di sekolah sepanjang hari persekolahan.

8.    Menerima laporan daripada para pengawas dan mengambil segala langkah dan tindakan yang sesuai.

9.    Menentukan segala peraturan dan undang-undang sekolah sentiasa dipatuhi oleh para pelajar sekolah.

10.Mempamerkan peraturan dan undang-undang sekolah di papan-papan kenyataan dan di dalam bilik darjah.

11.Membantu Guru Besar dalam mengesan dan mengesahkan kesalahan-kesalahan besar yang dilakukan oleh pelajar yang boleh membawa kepada penggantungan sementara atau pembuangan sekolah.

12. Merekodkan segala kesalahan, hukuman dan denda yang dijatuhkan kepada pelajar di sekolahnya.

13.  Berhubung rapat dengan guru bimbingan / kaunseling untuk menyelesaikan masalah pelajar.

14.Bekerjasama dengan guru-guru bertugas harian atau mingguan untuk menguruskan kawalan terhadap pelajar pada hari perhimpunan, upacara dan majlis-majlis yang diadakan oleh pihak sekolah. Menguruskan pertandingan kebersihan bilik darjah pada tiap-tiap minggu dan mengumumkan kelas yang paling kotor.

Disiplin

·         Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai murni.
·         Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan.
·         Menjadi ketua guru penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.
·        Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan tatatertib dan salahlaku.
·         Menyelaras dan menyediakan rekod dan laporan disiplin murid.


2.0 GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING

1.    Menyediakan rancangan tahunan program dan aktiviti perkhidmatan Bimbingan
dan Kaunseling sekolah.

2.    Mengenalpasti keperluan perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah melalui
kajian keperluan, soal selidik, temu bual dan perbincangan dengan pelajar, guru,
pentadbir, kakitangan sekolah, ibubapa dan bekas pelajar.

3.    Merancang, mengawalselia dan mengemaskini rekod dan inventori pelajar.

4.    Mengumpul, menyedia, menyebar maklumat Bimbingan dan Kaunseling kepada
semua pelajar melalui sebarang media yang sesuai.

5.    Mengelola dan melaksanakan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling kelompok dan
tunjuk ajar (instructional) yang merangsang perkembangan pelajar secara optimum.

6.    Merancang, melaksana, mengawalselia perkhidmatan kaunseling individu secara
profesional dan beretika.

7.    Merancang, melaksana, mengawalselia aktiviti kemahiran belajar untuk semua
pelajar.

8.    Merancang, melaksana, mengawalselia serta menilai program dan aktiviti pemilihan
mata pelajaran elektif untuk peperiksaan seperti UPSR.

9.    Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti pendidikan
pencegahan dadah, inhalan, rokok dan alkohol.

10.  Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti perkhidmatan konsultansi dan rujukan, berhubung Bimbingan dan Kaunseling, Kerjaya dan Pendidikan Pencegahan Dadah.

11.  Merancang, melaksana, mengawalselia dan menilai program dan aktiviti konferens dengan ibu bapa, guru, kakitangan bukan guru, dan agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang terlibat dalam proses pendidikan dan perkembangan pelajar.

12.  Membuat penilaian aktiviti, modul, model, instrumen, pendekatan dan sebagainya secara menyeluruh bagi meningkatkan mutu dan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling sekolah.

13.  Merancang, menyelaras dan menilai sumber dan bahan resos perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

14.  Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Penyelaras Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling.

15.  Menjadi penggerak utama dalam program latihan dalaman bagi menyebarkan kefahaman dan peningkatan profesionalisma perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling di sekolah.

16.  Memberi khidmat kaunseling krisis kepada pelajar guru, kakitangan dan siapa sahaja yang memerlukannya.

17.  Menjadi personel perhubungan/seranta sekolah dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.

18.  Menjadi ahli jawatankuasa ex-oficio dalam jawatankuasa kurikulum sekolah.

19.  Menjadi ahli Jawatankuasa dalam Majlis Perancang Sekolah.

20.  Menjadi Penyelaras dalam program mentor-mentee sekolah.

21.  Menjadi penyelaras dalam program-program pengembangan pelajar seperti kolokium, motivasi, kem jaya diri, kursus ketatanegaraan dan sebagainya.

22.  Menjadi Urusetia kepada Jawatankuasa Program Sekolah Selamat, Dasar Pendidikan Wajib, Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris & Dasar Bahasa Tambahan, Penempatan (Kemasukan) pelajar di sekolah.

23.  Menjadi ex-officio dalam Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

24.  Menjadi Penyelaras program-program yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, Jabatan Pelajaran Negeri.

25.  Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.


Bimbingan dan Kaunseling
  • Merancang dan menyelaras pelaksanaan Bimbingan dan Kaunseling bersama-sama dengan guru Bimbingan dan Kaunseling.
  • Menyelaras dan menyediakan rekod dan kaunseling murid serta menyediakan laporan yang diperlukan.
  • Mengadakan kursus motivasi dan kemahiran pelajar.
  • Merancang dan melaksanakan program dan orientasi bagi murid-murid baru.

3.0  UNIT 3K (KEBERSIHAN, KESIHATAN DAN KESELAMATAN)

1.    Menyediakan takwim aktiviti tahunan semua kegiatan yang berkait dengan kebersihan, kesihatan dan keselamatan sekolah.
2.    Merancang program peningkatan untuk kebersihan, kesihatan dan keselamatan sekolah.    
3.    Menyedia dan mengagihkan senarai tugas dalam setiap aktiviti yang akan dijalankan.     
4.    Memastikan persekitaran bersih dan selamat.
5.    Menjalankan gotong royong membersih  kawasan sekolah.
6.    Memastikan pelaksanaan program berjalan mengikut jadual yang ditetapkan.
7.    Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari masa ke semasa
Kebersihan, Keceriaan dan Keindahan Sekolah
·         Membantu dalam merancang dan menyelia program bagi kebersihan, keceriaan dan keindahan sekolah.
Program Pelindungan Murid (Keselamatan)
·         Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan program lain di peringkat sekolah.
·         Memastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.
Kesihatan
·         Mengurus kemudahan rawatan murid.
·         Memastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna.
·         Menguruskan kad 001/002, Kad Tenaga Asas dan lain-lain.
·         Menyelaras penyeliaan kantin sekolah.
·         Menyelaras aktiviti kesihatan murid.

4.0  TUGAS GURU SPBT

1.    Mengurus dan melaksanakan program SPBT di sekolah ;
2.    Menghayati, mematuhi dan melaksanakan semua arahan berkaitan dengan SPBT;
3.    Mengurus bilik operasi SPBT sekolah(boss);
4.    Menyediakan permohonan keperluan buku teks dengan tepat dan benar;
5.    Menyelaras pengedaran, pengumpulan dan menyemak borang penentuan kelayakan;
6.    Mendapatkan dan merumus data enrolmen murid daripada jk kelayakan;
7.    Menyelaras penyerahan dan pemulangan buku teks SPBT serta menyemak pengisian borang rekod pinjaman SPBT;
8.     Mengurus dan mengemaskini semua fail serta buku stok SPBT;
9.    Menerima dan menyemak bekalan buku teks daripada penerbit dan memastikan buku-buku tersebut direkodkan di dalam buku stok dan menyemak buku stok agar sentiasa dikemaskini;
10.  Memastikan semua buku teks SPBT dicap dan diproses dengan betul;
11.  Menjalankan pemeriksaan fizikal berkala ke atas buku teks;
12.  Mengurus pelupusan buku teks spbt mengikut masa yang telah ditetapkan;
13.  Menjadi Setiausaha dalam JK SPBT Sekolah dan Pen Setiausaha dalam JK kelayakan murid;
14.  Melaporkan kepada Pen Kanan HEM sebarang masalah berkaitan SPBT;
15.  Merancang dan mengurus baik pulih buku teks;
16.  Menjadi penasihat kelab SPBT sekolah.
17.  Menyelaras pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku teks.
18.  Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik SPBT.
19.  Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan skim pinjaman buku teks.

5.0 UNIT KEBAJIKAN

Jawatankuasa Bantuan Persekolahan
Satu Jawatankuasa Pengurusan Bantuan peringkat sekolah yang dipengerusikan oleh Guru Besar/Guru Besar perlu ditubuhkan.  Jawatankuasa ini terdiri daripada pihak sekolah dan sekurang-kurangnya 2 wakil bukan guru dari Persatuan Ibu Bapa dan Guru-Guru (PIBG) bagi menyemak dan memperakukan murid/pelajar yang layak.
Fungsi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan peringkat sekolah adalah seperti berikut:
1.    Mengadakan mesyuarat untuk memilih dan mengesahkan murid/pelajar miskin yang layak.

2.    Menyediakan Minit Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bantuan di peringkat sekolah dan perlu disimpan untuk tujuan audit dan pemantauan.

3.    Mengenalpasti kaedah terbaik pengagihan bantuan. (Rujuk pekeliling berkaitan Tatacara Kewangan dan Perakaunan Penyaluran Pemberian dan Bantuan Kewangan ke Sekolah yang dikeluarkan oleh Bahagian Kewangan, KPM).
Guru Besar/Guru Besar, selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bantuan peringkat sekolah adalah bertanggungjawab menentukan hanya murid/pelajar yang benar-benar layak sahaja diberi bantuan. Tindakan boleh dikenakan kepada Guru Besar/Guru Besar sekiranya berlaku ketidakpatuhan kepada kriteria dan peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian.
Sekiranya pihak Jawatankuasa mendapati terdapat keraguan yang timbul ataupun terdapat maklumat palsu pada mana-mana bahagian yang diisytiharkan, pihak Jawatankuasa berhak untuk tidak meluluskan permohonan tersebut.


Bantuan Kerajaan
  • Menyelenggarakan perakuan-perakauan biasiswa dan bantuan (RMT, KWAPM, 1 Vitamin 1 Murid, Program Susu Selolah dll)
  • Mengemaskini rekod bantuan.
  • Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa murid

6.0  SENARAI TUGAS GURU DATA

Peringkat  : Sekolah Menengah/Rendah
Jawatan    : Guru Data Sekolah DG41/DGA32/DGA29
Waktu Bertugas  : Mengikut waktu persekolahan (bagi sekolah dua sesi waktu
  bertugas boleh disesuaikan merangkumi kedua-dua sesi)


1. Menjalankan tugas-tugas berkaitan dengan kurikulum dan kokurikulum seperti yang ditetapkan oleh Guru Besar/Guru Besar (MGB).

2.  Merancang pengurusan data dan maklumat pendidikan peringkat sekolah  yang diarahkan oleh Bahagian-Bahagian di KPM, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat  Pendidikan Daerah (Gabungan) dan sekolah dan lain-lain agensi kerajaan.

b)    Bertanggungjawab bagi pengurusan data di bawah sistem aplikasi seperti EMIS iaitu melaksanakan pengumpulan, pemprosesan, penyimpanan, pengeluaran, pelaporan, pembekalan dan penyebaran data dan maklumat pendidikan sekolah mengikut kaedah dan jadual yang ditetapkan yang berkaitan dengan:

                                          i.    Guru seperti biodata, opsyen dan pengalaman mengajar;
                                         ii.    Pelajar seperti enrolmen, biasiswa dan bantuan lain;
                                        iii.    Staf bukan guru;
                                       iv.    Profil sekolah termasuk fizikal dan maklumat am sekolah;
                                        v.    Pendaftaran PTK;
                                       vi.    Lain-lain yang ditetapkan dari semasa ke semasa.

c) Membantu guru dan staf sokongan dalam penyelarasan data dan maklumat pendidikan seperti HRMIS, Sistem Maklumat Murid (SMM), Sistem Salah Laku Disiplin Murid (SSDM), KWAMP, peperiksaan, asrama, kokurikulum, Buku Teks dll.
d)   Membantu dalam penyelenggaraan dan rangkaian komputer; namun bagi sekolah Bestari tanggungjawab teknikal dibuat oleh Penyelaras IT.
e)    Membantu pihak pengurusan sekolah mengemas kini data dan maklumat peringkat sekolah  bagi Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006-2010 dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

3. Memberi khidmat nasihat kepada guru berkenaan pengurusan data dan maklumat peringkat sekolah.

4.   Menjadi Setiausaha Jawatankuasa Maklumat dan Pengkomputeran Sekolah (JMPS).

5.   Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan data yang diarahkan dari semasa ke semas

GARIS PANDUAN PENGURUSAN MAKLUMAT SEKOLAH

Adalah menjadi tanggungjawab Guru Data:

1.    Mengemas kini data EMIS Online.
2.  Mematuhi tarikh kutipan dan garis panduan penyelenggaraan yang telah ditetapkan.
3.    Memastikan data disemak dan disahkan.
4.  Menyediakan laporan atau catatan yang diperlukan contoh: catatan atau alasan bagi turun/naik (perubahan) data enrolmen dan ditentu sah oleh GPK1 selaku Pengurus Maklumat Sekolah sebelum menghantar ke PPD.
5. Memastikan Laporan Pengesahan Maklumat Sekolah yang dicetak dari aplikasi EMIS Online disemak dan disahkan oleh PGB sebelum dihantar ke PPD.
6.  Menyimpan dengan baik segala dokumen (bahan bercetak atau elektronik) berkaitan pengurusan data EMIS Online.
7. Menyelenggara komputer yang digunakan untuk tujuan pengurusan maklumat sekolah dengan baik. Segala kerosakan peralatan/perisian/talian internet hendaklah dilaporkan kepada Pegawai Maklumat, PPD dengan segera supaya kutipan data tidak terganggu.
8.    Membuat salinan backup data pada setiap kutipan melalui proses muat turun dan menyimpan disket backup dengan baik.

Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »