PROGRAM TRANSISI GURU PENYAYANG
TAHUN 1 -2018
Pengenalan
Program Transisi 1 merupakan satu
program yang telah dirangka demi membantu kanak-kanak menghadapi perubahan diri
dalam keadaan transisi dari pendidikan tidak formal samada di rumah atau di pra
sekolah kepada pendidikan secara formal di tahun satu persekolahan. Program
yang dilaksanakan ini dapat diharapkan membantu kanak-kanak yang datang dari
pelbagai latar belakang , sosio-ekonomi , persekitaran dan pengetahuan akan
dapat menyesuaikan diri dan bersedia untuk meneruskan pembelajaran.
3.0 Objektif
-Murid-murid dapat meyesuaikan diri
dengan persekitaran , guru-guru dan kawan baharu dalam masa yang singkat.
-Meningkatkan minat dan semangat
murid-murid untuk datang ke sekolah tanpa menimbulkan banyak masalah.
-Mewujudkan suasana peralihan
pembelajaran yang menyeronokkan serta sesuai dengan kesinambungan kurikulum pra
sekolah kepada tahun satu.
-Guru-guru dapat menyelaraskan
keperluan secara kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara
menyeluruh sebelum memulakan proses pegajaran dan pembelajaran secara formal.
4.0 Kumpulan
sasaran
4.1 Murid-murid tahun satu (34 orang)
TARIKH : 19 JANUARI 2018
MASA : 08.00 PAGI
TEMPAT : KELAS 1 CEMPAKA
Pelaksanaan
Bil
|
Tarikh
|
Aktiviti
|
Tempat
|
1
|
29/12/2018
|
1. Hari
Orientasi Tahun 1 / Taklimat kepada ibu bapa
2.
Pepeperiksaan
diagnostik murid-murid Tahun 1
|
1. Di Dewan Zamrud
2. Di Tahun 1 Cempaka
|
2
|
2/1/2018 -
19/1/2018
|
Aktiviti program transisi mengikut buku aktiviti yang
telah dirancang untuk aktiviti di dalam kelas atau di luar kelas
|
1.
Modul
transisi
|
3
|
19/1/2018
|
Majlis Penutupan Program Transisi 2018
|
Di Tahun 1 Cempaka
|
Murid-murid Tahun 1 sedang mengikuti mata pelajaran Bahasa
Inggeris di Makmal Komputer bersama dengan En.Raj. Murid-murid sedang
didedahkan dengan "phonics"
Murid-murid sedang membuat persembahan nyanyian lagi
“Kalau Aku Rasa Gembira” di Majlis Penutupan Program Transisi 2018, di Tahun 1
Cempaka.
Murid-murid Tahun 1 sedang
membaca ikrar di hadapan semua guru tahun 1.
Disediakan oleh : Hanim Binti Hashim
EmoticonEmoticon