Pengurusan dan Organisasi kelas
Membentuk organisasi kelas yang terdir daripada Ketua
Kelas. Penolong Ketua Kelas, Bendahari, AJK kebersihan dan AJK Keceriaan,
memastikan AJK kebersihan mengagihkan pelajar untuk membersihkan papan hitam,
menyapu lantai, mengelap tingkap, menyusun kerusi meja dan membuang 
sampah. Memastikan AJK Keceriaan sentiasa mengemaskini papan kenyataan dan
papan maklumat dari masa kesemasa, menyediakan  langsir dan bunga (jika
perlu) untuk kelas. 
-  Menentukan perkara-perkara yang berikut ada di
     dalam kelas
 - Jadual waktu 
 - Jadual Tugas 
 - Perabot kelas seperti kerusi meja pelajar dan meja
      guru dan papan hitam diiventorikan
 - Moto Kelas. 
 - Alatan kebersihan seperti penyapu dan pengaut sampah. 
 - Menentukan kawal elektrik, kipas angin dan lampu
     dalam keadaan baik dan selamat digunakan. 
 - Melaporkan perabot dan peralatan elektrik yang rosak
     kepada guru-guru penyelaras kursus  
yang berkenaan. - Membimbing organisasi kelas yang dilantik menjalankan
     tugas. 
 - Jadual kedatangan dan kedatangan pelajar.
 - Menandakan jadual kedatangan harian selewat-lewatnya
      sebelum waktu kedua berakhir dan menyimpan buku daftar pelajar di
      pejabat. 
 - Menentukan semua butir yang dikehendaki ada di dalam
      kelas. 
 - Memastikan data terkini pelajar di dalam kelas. 
 - Memastikan kelas mempunyai buku rekod ponteng kelas
      dan diselenggarakan seperti yang diarahkan.  
 
            
(a)  Buku diambil dan dihantar pada waktu dan ditempat yang dtetapkan. 
(b) Menjamin keselamatan buku tersebut.
(b) Menjamin keselamatan buku tersebut.
-  Laporan pelajaran, sijil berhenti dan surat akuan
 - Mengisikan markah dan membuat laporan kemajuan
      akademik, kokurikulum dan fizikal dalam kemajuan pelajar bagi setiap
      semester/penggal. 
 - Menyampaikan slip kemajuan pelajar kepada ibu bapa setiap kali selepas ujian.peperiksaan.
 
- Masalah pembelajaran, kesihatan diri dan
     disiplin. 
 - Memberikan galakan, motivasi dan merangsangkan minat
      pelajar terhadap akademik 
 - Mengalakkan pertandingan yang berbentuk akademik. Dan
      memberikan hadiah ( jika perlu) 
 - Sentiasa prihatin terhadap semua masalah pelajar. 
 - Melaporkan kepada kaunselor jika terdapat kemerosotan
      pelajaran di kalangan pelajar. 
 - Melaporkan kepada Guru Kesihatan jika terdapat pelajar
      yang menghadapi masalah  kesihatan 
 - Melaporkan kepada Guru Disiplin jika terdapat pelajar
      yang melanggar disiplin sekolah. 
 - Melaporkan kes ponteng mengikut prosedur yang berikut 
 
(a) Mendapat dan mengisi
dalam buku kesalahan disiplin murid.  
(b) Menghantar murid
kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling dan Guru Disiplin.
- Buku teks, biasiswa dan bantuan 
 -  Memastikan skim pinjman buku teks diagih kepada
      pelajar yang layak dan memastikan buku-buku tersebut dibalut dan ditulis
      nama pelajar. 
 - Mengemaskini fail SPBT dari masa ke semasa. 
 - Memulangkan buku teks pada tarikh yang ditetapkan dan
      menyenaraikan nama pelajar yang tidak memulangkan buku teks pada akhir
      tahun dan memberikan senarai itu kepada guru SPBT 
 - Mengenalpasti pelajar yang layak menerima sebarang
      bentuk bantuan yang lain dan melaporkan kepada Guru Kebajikan. 
 - Melaporkan kepada Guru Biasiswa sekiranya terdapat
      kemerosotan pelajaran di kalangan pelajar yang mendapat biasiswa. 
 - Kutipan
     Yuran dan Derma 
 - Mengutip yuran sekolah pada awal tahun dan
      menggalakkan pelajar membayar kesemua yuran sekaligus. 
 - Mengutip derma PIBG 
 - Mengutip wang peperiksaan bagi kelas-kelas
      peperiksaan. 
 - Mengeluarkan resit kepada pelajar bagi pembayaran yang
      dibuat. 
 - Menyerahkan wang kutipan yuran sekolah dan wang
      peperiksaan serta buku kutipan kepada Pembantu Tadbir pada hari yang
      sama. 
 - Menyerahkan wang kutipan derma PIBG kepada Bendahari PIBG .
 
-  Pendaftaran
     Pelajar Baru  
 - Menerima kemasukkan pelajar baru, ke dalam buku
      kemasukan pelajar dan mendapatkan nombor pendaftaran pelajar baru dari
      buku kemasukan pelajar daripada daripada Penolong Kanan HEM. 
 - Menentukan penerimaan borang SPBT (sekiranya layak)
      dari sekolah yang terdahulu dan memastikan pelajar ini mendapat buku
      teks. 
 - Menyemak jika pelajar ini menerima sebarang bentuk
      biasiswa dan melaporkan kepada guru biasiswa. 
 - Menentukan rumah sukan. 
 - Mengambil butir-butir diri yang diperlukan.
 
- Murid
     Keluar  
 - Menentukan hal-hal peperiksaan telah disempurnakan
      bagi setiap pelajar. 
 - Menentukan kelulusan untuk bertukar telah diterima. 
 - Menentukan buku teks telah dipulangkan. 
 - Menentukan penerimaan biasiswa dilaporkan kepada pejabat.
 
- Pendaftaran
     sukan, persatuan dan lain-lain. 
 - Menentukan setiap pelajar menyertai aktiviti
      kokurikulum dan menyerahkan senarai nama mereka mengikut persatuan, kelab
      dan badan beruniform yang dipilih kepada Penyelaras Kokurikulum. 
 - Menggalakkan pelajar bergiat cergas dalam sukan dan
      juga aktiviti kokurikulum. 
 
EmoticonEmoticon