Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Tiada yang lebih menggembirakan bagi seorang guru selain melihat melihat murid-muridnya berjaya dan cemerlang dalam akademik.
Bagi merealisasikan impian ini, pihak sekolah SJKS(1) dengan kerjasama padu warga guru telah mewujudkan program 'Kamilah Juara' & 'Permata Hatiku' sebagai inisiatif untuk memastikan semua pelajar yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tahun ini memperolehi pencapaian yang cemerlang dan gemilang.
PROGRAM : KAMILAH JUARA & PERMATA HATIKU
MASA : MINGGU KEDUA & KEEMPAT SETIAP BULAN SEHINGGA JULAI
KUMPULAN SASARAN : MURID TAHUN 6 SIANTAN
Program ini yang telah pun dilancarkan pada bulan Februari lepas dibahagikan kepada 2 kelas iaitu Kelas Kamilah Juara & Permata Hatiku.
Kelas Kamilah Juara
Objektif :
- Mensasarkan murid yang sekolah target untuk mendapat 6A dalam UPSR
- Membimbing murid dalam mata pelajaran UPSR dalam kumpulan yang lebih kecil.
- Memfokuskan kepada PdPc yang lebih berkesan dengan menjawab soalan-soalan yang berformat UPSR.
- Meningkatkan persediaan murid dari segi jasmani, emosi, intelek dan sosial.
- Membantu mempersiapsiagakan murid-murid Tahun 6 untukmenghadapi peperiksaan UPSR
Kelas Permata Hatiku
Bilangan sasaran murid : 8 orang
Objektif :
- Mensasarkan murid yang lemah dan sederhana agar mencapai tahap menguasai dalam UPSR
- Memberi bimbingan dengan berfokuskan terhadap masalah murid secara individu dalam subjek UPSR.
- Memupuk minat murid dalam pelajaran dan bersedia untuk menghadapi peperiksaan UPSR.
- Meningkatkan motivasi murid untuk terus berusaha bagi mencapai kecemerlangan dalam UPSR.
EmoticonEmoticon