Perkampungan UPSR Siri 1

Julai 31, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Demi menghadapi peperiksaan UPSR yang bakal menjengah pada bulan September ini, pihak sekolah khususnya warga pendidik telah mengambil inisiatif bagi memperkukuh persiapan pelajar-pelajar Tahun 6 dalam jangka masa kurang dari 2 bulan.

Antara program yang telah dirancang ialah Perkampungan UPSR SIRI 1 yang telah pun berlangsung selama 3 hari di sekolah.

PROGRAM : PERKAMPUNGAN UPSR SIRI 1
TARIKH : 27HB HINGGA 29HB JULAI 2018
TEMPAT : SK JALAN SELANGOR (SATU)
SUBJEK : BAHASA MELAYU & SAINS
SASARAN MURID : PELAJAR TAHUN 6
PENCERAMAH MOTIVASI : 
  1. CIK SYAHIRAH BINTI ZULKIFLI (PELAJAR PERAKAUNAN UNIVERSITI MALAYA)
  2. CIK GAYATHRI MURALI  (PELAJAR PERUBATAN - RUSIA)







Program tiga hari yang dijalankan ini banyak diisi dengan aktiviti-aktiviti bukan sekadar kelas bimbingan dan latih tubi serta latihan teknik menjawab soalan, tapi juga turut diterapkan dengan aktiviti kerohanian dan sesi ceramah motivasi.

Pihak sekolah turut menjemput 2 orang bekas pelajar SKJS(1) untuk memberikan ceramah motivasi dan inspirasi kepada pelajar-pelajar untuk memberikan usaha terbaik ketika menghadapi UPSR nanti.











Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »