Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Kemeriahan Syawal yang mulia diteruskan lagi dengan majlis sambutan Hari Raya di sekolah. Murid-murid dan guru-guru mengambil peluang ini berpakaian cantik dan berwarna-warni sambil membawa juadah raya yang disediakan sendiri oleh ibubapa masing-masing.
Turut diadakan adalah acara tarian dan nyanyian oleh murid-murid dari Tahun 1 hingga Tahun 6 yang mengambil bahagian.
ACARA : MAJLIS JAMUAN HARI RAYA
TARIKH : 6 JULAI 2018 (JUMAAT)
TEMPAT : SKJS (1)
MAKANAN : POTLUCK OLEH MURID-MURID DAN GURU-GURU
Selain dari tarian dan nyanyian lagu Hari Raya oleh murid-murid, acara memotong kek bagi meraikan murid-murid yang lahir dari Bulan Januari hingga Jun turut berlangsung dalam majlis sambutan hari raya ini.
Murid-murid yang diraikan dikumpulkan diatas pentas mengikut kelas masing-masing bersama sebiji kek setiap satu.
EmoticonEmoticon