Kesedaran Terhadap Jenayah Siber Di Kalangan Generasi Muda

Ogos 08, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Kecanggihan teknologi dan capaian internet yang tiada batasan menjadikan generasi muda terutama kanak-kanak dan remaja begitu mudah terdedah kepada risiko menjadi mangsa jenayah siber. 

Mengikut statistik yang pernah dilaporkan dalam artikel berita tempatan, sebanyak 70% pelajar sekolah telah terbabit dengan jenayah siber. Peratusan yang membimbangkan ini menunjukkan kurangnya pemahaman dan pendedahan pelajar terhadap dunia tanpa sempadan.


sumber : utusan online


Antara jenayah siber yang dilaporkan berlaku adalah seperti mengeluarkan kata-kata kesat di media sosial, menyebarkan video atau berita tidak sahih, malah menyebarkan gambar berunsur lucah.

Bentuk jenayah siber lain adalah seperti :
  • Penipuan
  • Kecurian maklumat
  • Menyalin perisian secara tidak sah
  • Penigintipan
  • Judi siber
  • Pornografi
  • Penggodam @ hacker
  • Penyebaran virus
  • Menyalurkan maklumat-maklumat palsu


Apa itu Jenayah Siber?

Jenayah siber melibatkan segala aktiviti jenayah seperti mencuri, penipuan dan peras ugut menggunakan komputer dan rangkaian internet.

Disebabkan golongan generasi muda terutama remaja banyak menghabiskan masa dalam dunia siber, tidak mustahil mereka terdedah untuk melakukan jenayah siber atau menjadi mangsa jenayah siber.


sumber : hmetro


Justeru, pencegahan awal sangatlah perlu bagi memastikan kecanggihan teknologi tidak disalahgunakan oleh pihak yang berkepentingan dan seterusnya merosakkan pemikiran golongan generasi muda.

Langkah Pencegahan Terhadap Jenayah Siber

Antara langkah pencegahan yang boleh dilaksanakan ialah :
  • Awasi penggunaan internet oleh anak-anak → Tetapkan had dan didik mereka mengenai tingkah laku dan etika Internet yang baik. Jika seorang kanak-kanak melanggar peraturan, hadkan akses Internet untuk satu tempoh yang dipersetujui
  • Guna pelindung privasi (privacy setting) → kawalan ibu bapa (parental control) dan ciri keselamatan bina-dalam yang disediakan
  • Galakkan anak anda untuk tampil ke hadapan jika dibuli, mengenali mangsa buli atau jika mereka mempunyai maklumat mengenai seseorang yang sedang dibuli
  • Pantau rapi aktiviti internet anak → pastikan anda memainkan peranan penting dalam kehidupannya serta babitkan diri dalam aktiviti yang mereka lakukan
  • Jangan berkongsi maklumat peribadi menerusi dalam talian untuk sebarang tujuan
  • Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan keselamatan siber dan buli siber. Pastikan anak remaja anda juga memahami mengenainya
  • Jangan memberitahu kata laluan mereka kepada sesiapapun dan sentiasa log keluar daripada akaun atau komputer selepas menggunanya
  • Jika seseorang menghantar mesej kesat atau mengugut, jangan balas. Simpan atau cetak mesej itu dan tunjuk kepada anda atau orang dewasa lain yang boleh dipercayai
  • Jangan menghantar gambar diri sendiri yang boleh digunakan untuk memalukan atau memfitnah diri anda
  • Fikir dahulu sebelum menghantar apa-apa dalam talian dan sentiasa berbudi bahasa dalam talian


Tiada jalan singkat dalam menangani masalah jenayah siber. Sebaliknya, semua pihak termasuk ibubapa, guru-guru dan masyarakat perlu berganding bahu bekerjasama memainkan peranan masing-masing bagi mengekang jenayah siber di kalangan generasi muda.




sumber info : mypositiveparenting.org

Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »