Program UM Cares

Ogos 27, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Minggu lepas telah berlangsungnya Program UM Cares yang dianjurkan oleh Universiti Malaya. Pelajar-pelajar yang terlibat dalam program ini terdiri daripada pelajar-pelajar Tahun 4 & Tahun 5 yang turut didedahkan dengan pengetahuan berkenaan dengan haiwan-haiwan pembawa penyakit seperti nyamuk aedes, lalat hitam dan kutu.

PROGRAM : UM CARES
TARIKH : 16 OGOS 2018 (KHAMIS)
TEMPAT : FAKULTI SAINS BIOLOGI, UNIVERSITI MALAYA
MASA : 8.00PAGI HINGGA 4.00PETANG
PESERTA : 30 ORANG PELAJAR



Murid melihat kutu dan lalat hitam dibawah mikroskop


Murid-murid sedang mendengar penerangan tentang telur nyamuk


Murid-murid bermain permainan menjejaki nyamuk menggunakan alat Virtual Reality (VR)

Hasil kreativiti murid menghasilkan model kutu dan lalat hitam



Terima kasih kepada pihak Universiti Malaya yang menganjurkan program yang sungguh bermanfaat dan membuka mata dan minda murid-murid tentang haiwan-haiwan yang membawa penyakit merbahaya ini. Semoga para peserta mendapat ilmu dan kesedaran tentang pentingnya kita mengamalkan kebersihan untuk mencegah wabak penyakit yang disebabkan oleh haiwan terutama nyamuk, lalat dan kutu.

Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »