Anugerah Pembestarian Sekolah 2018 (APS)

Mac 11, 2019

Assalamulaikum dan selamat sejahtera

Baru-baru ini sekolah telah terpilih memenangi Anugerah Pembestarian Sekolah 2018 Kategori Pengurusan Makmal Komputer di SAM Bestari, Subang Jaya. SK Jalan Selangor (Satu) adalah antara 8 buah sekolah yang berjaya ke peringkat negeri dan mewakili PPD Petaling Utama.

Turut hadir sama di majlis penganugerahan tersebut ialah, Cikgu Sarvana Raj dan Guru Besar, Pn. Norliza Mohd Yusoff.

MAJLIS : ANUGERAH PEMBESTARIAN SEKOLAH 2018
TARIKH : 6 MAC 2019 (KHAMIS)
TEMPAT : SEKOLAH AGAMA MENENGAH BESTARI, SUBANG JAYA
KATEGORI : PENGURUSAN MAKMAL KOMPUTER 



Tahniah kepada seluruh warga pendidik SKJS(1) yang berusaha untuk anugerah ini. Sekolah kita merupakan sekolah rendah yang terbaik di peringkat PPD Petaling Utama 2018 dalam pengurusan makmal komputer.

Semoga usaha dan pencapaian cemerlang ini dapat kita teruskan untuk tahun-tahun akan datang.

Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »