Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Mesyuarat Agung PIBG SKJS(1) telah pun selamat berlangsung pada minggu lepas. Selain membincangkan isi kandungan minit mesyuarat dan usul/cadangan dari ibubapa, mesyuarat kali ini turut memilih barisan AJK PIBG yang baru bagi sesi 2019/2021.
Pendaftaran ibubapa dibuat seawal jam 8.00 pagi, dan majlis bermula pada jam 9.00 pagi.
MAJLIS : MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-46
TARIKH : 2 MAC 2019 (SABTU)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
MASA : 9.00 PAGI - 12 TGHARI
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar, Pn Norliza Yusoff dan seterusnya dirasmikan oleh YDP PIBG SKJS(1), berwakilkan oleh NYD PIBG, Puan Airudiza.
Mesyuarat kali ini selain menyentuh tentang perihal pelajar dan sekolah, ibubapa turut mendengar beberapa cadangan dan usul dari ibubapa yang hadir pada hari tersebut.
Guru Besar, Pn Norliza
NYDP PIBG, Pn Airudiza
Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada barisan AJK PIBG 2017/2019 yang telah memberikan sumbangan bakti untuk membantu guru-guru menjalankan program-program sekolah.
Barisan AJK PIBG 2017/2019
Pemilihan AJK PIBG yang baru telah dibuat dan barisan AJK PIBG 2019/2021 telah dipilih sebulat suara pada Mesyuarat Agung PIBG kali ini. Tahniah dan selamat berkhidmat diucapkan kepada semua ibubapa dan guru yang terpilih. Moga barisan AJK PIBG yang ini akan dapat memberikan khidmat yang lebih cemerlang untuk sekolah.
AJK PIBG SKJS(1) sesi 2019/2021
Seterusnya, acara cabutan bertuah untuk para hadirin sebagai penutup majlis. Sebanyak 15 buah hadiah telah ditawarkan kali ini. Tahniah buat yang bertuah!
Antara penerima hadiah cabutan bertuah
2 comments
Write commentssalam sejahtera. saya ingin bertanya, adakah sekolah skjs 1 ini masih di bawah program DLP? adakah ibubapa boleh pilih untuk anak memasuki program DLP bagi tahun akan datang? terima kasih.
ReplySalam sejahtera, berkenaan program DLP tuan boleh menghubungi pihak sekolah untuk maklumat lanjut. Terima kasih
ReplyEmoticonEmoticon