Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Demi membentuk pemuafakatan antara ibubapa calon UPSR 2019 dengan pihak sekolah, Program Jaya Waris Tahun 6 telah diadakan atas inisiatif Unit Kurikulum dan Unit Bimbingan & Kaunseling.
Program khas untuk pelajar Tahun 6 ini memberi ruang kepada ibubapa/penjaga mengetahui dengan lebih mendalam tentang pencapaian akademik anak-anak serta matlamat yang boleh dicapai untuk UPSR tahun ini.

PROGRAM : PROGRAM JAYA WARIS TAHUN 6
TARIKH : 7 MAC 2019 (KHAMIS)
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
ANJURAN : UNIT KURIKULUM DAN UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING
PENGLIBATAN : PELAJAR TAHUN 6 DAN IBUBAPA/PENJAGA
PENCERAMAH JEMPUTAN : En. Norselin Bin Abd. Wahab, Kaunselor dari IPGKBM, Kuala Lumpur
PENCERAMAH JEMPUTAN : En. Norselin Bin Abd. Wahab, Kaunselor dari IPGKBM, Kuala Lumpur
Objektif :
- Membolehkan para waris berbincang tentang pencapaian akademik anak-anak mereka
- Memberikan motivasi kepada murid Tahun 6 untuk berusaha dengan lebih tekun dalam meningkatkan prestasi akademik mereka
- Memberi ruang kepada para waris mendengar permasalahan yang dihadapi oleh anak-anak mereka semasa berada di sekolah
- Membentuk permuafakatan yang jitu dan kukuh anatara ibubapa calon UPSR 2019 dengan pihak sekolah dalam meningkatkan prestasi akademik anak-anak mereka.
Aturcara :
8.30am-9.00am → Pendaftaran ibubapa/penjaga
→ Bacaan doa
→ Ucapan Guru Besar
9.15am-10.30am → Ceramah Persediaan UPSR dan Keibubapaan
(Penceramah : En. Norselin Bin Abd. Wahab, Kaunselor
(Penceramah : En. Norselin Bin Abd. Wahab, Kaunselor
dari IPGKBM, Kuala Lumpur
10.30am-11.00am → Rehat
11.00am-12.00pm → Perkongsian maklumat bersama Ketua Panitia B. Melayu, B. Inggeris, Matematik dan Sains
→ Perkongsian maklumat bersama GPK HEM (En. Azidi)
EmoticonEmoticon