Memaparkan catatan dengan label Kokurikulum 2018. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kokurikulum 2018. Papar semua catatan

Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke 47

April 18, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Setiap tahun, acara kejohanan sukan tahunan menjadi antara acara terpenting dalam kalendar takwim sekolah. Syukur alhamdulillah, warga SKJS(1) sekali lagi berpeluang menjayakan kejohanan sukan tahunan sekolah kali ke 47 pada tahun ini.

Kejohanan berlangsung dengan penuh semangat dan meriah dengan kehadiran ibubapa dan para pelajar terutama yang mengambil bahagian dalam acara sukan yang dipertandingkan. Cuaca yang baik sepanjang hari juga menjadi faktor kelancaran kejohanan sukan kali ini.


Kelas Taekwando

April 13, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pada 11hb April 2018, pihak sekolah telah menerima kehadiran tenaga pengajar bagi promosi kelas Taekwando bertempat di pavilion sekolah. Promosi kelas taekwando ini bertujuan untuk menarik minat pelajar-pelajar bagi mengikuti kelas mempertahankan diri.

Turut dipersembahkan ialah demo cara mempertahankan diri oleh tenaga pengajar.


Makluman Surat Undangan Ke Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke-47

April 09, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Satu kejohanan sukan tahunan kali ke-47 akan diadakan di SK Jalan Selangor (Satu) pada 15 April 2018 bertempat di padang sekolah SKJS(1). Satu surat undangan telah dikeluarkan oleh pihak sekolah dan diserahkan kepada para pelajar untuk menjemput ibubapa hadir ke acara sukan tahunan sekolah.


Bengkel Celik Catur SKJS(1)

Februari 22, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Seramai 19 pelajar dari Tahap 1 & 2 telah menghadiri bengkel celik catur di kelas Frog SKJS(1) baru-baru ini. 

Cikgu Sarvana Raj adalah cikgu yang mengendalikan kelab catur ini dan telah menjemput tenaga pengajar tambahan dalam usaha untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang kaedah bermain catur yang lebih sistematik dan tersusun.

Tarikh : 21hb Februari 2018
Masa : 1.30pm - 4.00pm
Tempat : Kelas Frog
Tenaga pengajar : En. Velmurugan a/l Krishnan 


Sesi Latihan Bola Jaring Menjelang Perlawanan

Februari 14, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Menjelang perlawanan bola jaring peringkat daerah pada 2 April ini, pasukan bola jaring sekolah kini sedang giat berlatih untuk memantapkan kemahiran. Latihan bola jaring dibuat pada setiap hari Sabtu di padang latihan sekolah dan Arena MBPJ sekiranya terdapat kelas tambahan di sekolah.