Kelas Taekwando

April 13, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Pada 11hb April 2018, pihak sekolah telah menerima kehadiran tenaga pengajar bagi promosi kelas Taekwando bertempat di pavilion sekolah. Promosi kelas taekwando ini bertujuan untuk menarik minat pelajar-pelajar bagi mengikuti kelas mempertahankan diri.

Turut dipersembahkan ialah demo cara mempertahankan diri oleh tenaga pengajar.






Ibubapa yang berminat untuk mendaftarkan anak-anak mereka ke kelas Taekwando atau bertanyakan tentang yuran bolehlah berjumpa dengan cikgu atau wakil tenaga pengajar di sekolah untuk maklumat lanjut.

Disediakan oleh : Hanim Hashim

Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »