Kejohanan Sukan Tahunan Kali Ke 47

April 18, 2018

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Setiap tahun, acara kejohanan sukan tahunan menjadi antara acara terpenting dalam kalendar takwim sekolah. Syukur alhamdulillah, warga SKJS(1) sekali lagi berpeluang menjayakan kejohanan sukan tahunan sekolah kali ke 47 pada tahun ini.

Kejohanan berlangsung dengan penuh semangat dan meriah dengan kehadiran ibubapa dan para pelajar terutama yang mengambil bahagian dalam acara sukan yang dipertandingkan. Cuaca yang baik sepanjang hari juga menjadi faktor kelancaran kejohanan sukan kali ini.



Seawal jam 8pagi, ibubapa dan pelajar mula memenuhi tempat duduk di pavilion sambil menunggu ketibaan YDP PIBG dan Guru Besar sekolah bagi memulakan perasmian acara kejohanan sukan. 





Acara pertama ialah pertunjukan perbarisan lintas hormat oleh setiap kontinjen rumah sukan. Terdapat 3 buah rumah sukan iaitu Mahsuri (Kuning), Tun Fatimah (Biru) & Tun Teja (Merah) yang mengenakan perhiasan dan props yang cantik mengikut kreativiti rumah sukan masing-masing.






Acara mengibarkan bendera kejohanan tanda bermulanya 
kejohanan sukan tahunan SKJS(1)


Selepas membacakan ikrar kejohanan dan doa, acara diserikan dengan aktiviti senamrobik sambil diiringi lagu oleh pelajar-pelajar dari Tahun 1 yang comel dan bersahaja.


Pelajar-pelajar Tahun 1 melakukan tarian sambil diiringi lagu rancak

Ucapan aluan oleh Guru Besar


Ucapan perasmian kejohanan oleh 
YDP PIBG SKJS(1), Pn. Hamidah

Upacara pecah belon gimik perasmian kejohanan
sukan tahunan SKJS(1)


Antara acara sukan yang dipertandingkan ialah :
  • larian pecut 75m Tahun 1 & 2
  • larian pecut 100m Tahun 3,4,5 & 6
  • lari berganti-ganti 4x100m Tahun 4,5 & 6
  • larian pecut 200m Tahun 4,5 & 6
  • sukaneka Tahun 1,2 & 3

Tidak lupa juga acara jemputan 4x100m yang menyaksikan penyertaan dari pelajar dari SK(2)PJ. Turut memeriahkan acara larian adalah penyertaan dari bekas-bekas pelajar SKJS(1) dalam larian 200m serta acara ibubapa 4x50m. 











Ibubapa berkumpul untuk acara larian 4x50m

Ibubapa mula menyusun strategi

larian bermula!

sampai ke garisan penamat

Seterusnya, larian 200m oleh bekas-bekas pelajar SKJS(1) mengambil tempat di padang.

bekas-bekas pelajar SKJS(1) 






Pengumuman pemenang bagi pertandingan perbarisan rumah sukan terbaik jatuh kepada Rumah Tun Fatimah! Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pasukan Tun Fatimah yang mengambil bahagian dalam perbarisan dan cikgu-cikgu yang sangat kreatif!

Pasukan Tun Fatimah menerima trofi kemenangan beserta hamper sebagai hadiah.



Pengumuman siapakah juara rumah sukan bagi kejohanan sukan tahunan untuk kali ke47 telah pun tiba! Juara keseluruhan jatuh kepada ...Rumah Mahsuri! Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pasukan Rumah Mahsuri dan guru-guru rumah sukan Mahsuri kerana berjaya mengekalkan kejuaraan tahun lepas!

Pasukan Rumah Mahsuri menerima trofi kemenangan beserta hamper sebagai hadiah untuk juara!



Lebih kurang jam 12.30 tengahari, upacara menurunkan dan penyerahan bendera kejohanan kepada Guru Besar tanda berakhirnya kejohanan sukan tahunan kali ke 47 tahun ini.





Akhir sekali, ucapan tahniah dan syabas juga diucapkan kepada seluruh warga SKJS(1) dan ibubapa yang hadir memeriahkan kejohanan pada hari tersebut. Terima kasih kerana memberikan sambutan yang sangat baik pada anak-anak dan sekolah dalam menjayakan program sukan sekolah.

Semoga sokongan ibubapa dapat diteruskan dalam lain-lain program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan PIBG.

Untuk melihat lebih banyak gambar, boleh klik >>> https://drive.google.com/open?id=13PvmMl-m-M62lFO07OCQve5LrwaLFng1




Disediakan oleh : Hanim Hashim




Share this

SK Jalan Selangor (Satu) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak di Petaling Jaya dalam Daerah Petaling Utama dan merupakan sekolah satu sesi.

Related Posts

Previous
Next Post »