Assalamualaikum dan selamat sejahtera
Setiap tahun, program merentas desa peringkat sekolah menjadi antara agenda sukan sekolah yang wajib bagi melahirkan pelajar sihat dan cergas. Tahun ini, acara merentas desa bagi Tahap 2 dan sukaneka bagi murid-murid Tahap 1 telah pun selamat diadakan pada minggu lepas.
ACARA : PROGRAM MERENTAS DESA 2020
TARIKH : 28 FEBRUARI 2020 (JUMAAT)
TEMPAT : KAWASAN SEKOLAH
Program dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan iaitu senamrobik beramai-ramai. Kemudian, peserta bersedia untuk larian merentas desa, sementara murid-murid Tahun 1 & 2 bersedia untuk bersukaneka.