Memaparkan catatan dengan label Program Sekolah 2020. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Program Sekolah 2020. Papar semua catatan

Minggu Panitia Matematik

September 20, 2020 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Sempena minggu Panitia Matematik, beberapa aktiviti telah dijalankan sepanjang minggu ini. Semua murid Tahap 1 dan 2 telah mengambil bahagian dalam aktiviti yang disediakan.

MINGGU PANITIA MATEMATIK

TARIKH : 14HB SEHINGGA 18HB SEPTEMBER 2020

Minggu Panitia Bahasa Inggeris

September 17, 2020 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Minggu Bahasa Inggeris telah diadakan selama seminggu bermula 7hb sehingga 11hb September 2020. Pelbagai aktiviti telah dijalankan di dalam kelas untuk semua murid Tahap 1 dan Tahap 2.


Majlis Penutup Bulan Kebangsaan 2020

September 17, 2020 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Minggu lepas telah berlangsungnya majlis penutupan bulan merdeka peringkat sekolah. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan oleh guru-guru untuk memupuk semangat merdeka dan cintakan negara di kalangan murid-murid.


Walaupun kita masih di dalam PKPP, aktiviti dan program bulan merdeka tetap diadakan dengan mematuhi SOP dan penjarakan sosial di sekolah. 


MAJLIS : PENUTUPAN BULAN MERDEKA 2020

TARIKH : 2HB SEPTEMBER 2020

TEMPAT : SKJS(1)


Latihan Kebakaran

Mac 09, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Minggu pertama bulan Mac dimulakan dengan program latihan kebakaran bersama pasukan bomba Petaling Jaya melibatkan murid-murid Tahap 1 & 2.

PROGRAM : LATIHAN KEBAKARAN
TARIKH : 5HB MAC 2020 (KHAMIS)
TEMPAT : PADANG SEKOLAH SKJS(1)

Latihan ini perlu bagi mempersiapkan murid-murid, guru-guru dan warga sekolah dengan pengetahuan mengenai langkah-langkah yang perlu diambil sekiranya berlaku kebakaran atau kecemasan.

Latihan dimulakan dengan semua murid bergerak dengan pantas dan teratur mengikut kelas masing-masing ketika loceng kecemasan dibunyikan dan berkumpul di padang sekolah. Selepas itu, pasukan bomba menunjukkan cara-cara memadam api yang betul.


Program Makanan Sihat

Februari 29, 2020 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera 

Pengelola : Bahagian Hal Ehwal Murid (HEM)
Anjuran : Unit 3K
Matlamat : Murid-murid dapat mengamalkan pemakanan yang berkualiti dan bernutrisi yang diperlukan tubuh badan untuk sihat.

PROGRAM : MAKANAN SIHAT 
TARIKH : 28 FEBRUARI 2020 (JUMAAT )
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
MASA : 7.30 AM - 9.00 AM
PENYERTAAN : MURID-MURID SKJS(1) TAHUN 1 HINGGA TAHUN 6

Ceramah pemakanan sihat disampaikan oleh Sir Raj.