Memaparkan catatan dengan label PIBG 2022. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PIBG 2022. Papar semua catatan

Penyerahan Geran Komuniti Daripada Datuk Bandar Petaling Jaya

Disember 03, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Baru-baru ini, SKJS (1) telah menerima Geran Komuniti untuk projek Taman Sumber dan Hidroponik dari pihak Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ). Penyerahan 'mock cheque' disampaikan oleh Datuk Bandar Petaling Jaya dan diterima oleh Guru Besar, Pn. Sabariah.


Tahniah buat SKJS (1) dan seribu penghargaan kepada guru-guru yang telah menyiapkan kertas kerja projek serta AJK PIBG terutama En. Jayaganesh yang telah memperkenalkan geran komuniti ini kepada pihak sekolah. 








Mesyuarat Agung PIBG SK Jalan Selangor (Satu) kali ke-49/2022

Jun 30, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49 telah diadakan buat pertama kalinya secara bersemuka di antara guru-guru dan ibubapa/penjaga baru-baru ini bagi membincangkan agenda-agenda sekolah.

Tarikh: 25 Jun 2022

Hari : Sabtu

Masa : 9:30 pagi - 12:00 tengah hari

Buku Program: https://anyflip.com/abloo/yukw/


Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Guru Besar diikuti dengan taklimat ringkas yang diberikan oleh PK HEM dan PK Kanan 1. Majlis diserikan dengan persembahan kreatif dan menghiburkan dari murid-murid dari Tahun 1 sehingga Tahun 6.


Kehadiran ibubapa kali ini juga amat memberangsangkan. Diharap rekod baik ini dapat diteruskan untuk program-program lain di masa akan datang.













Mesyuarat diakhiri dengan penyampaian hadiah cabutan bertuah. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang bertuah.



MESYUARAT AJK PIBG BIL.1/2022

Jun 01, 2022 Add Comment

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera


Satu perjumpaan AJK Ibubapa dan AJK Guru telah diadakan di Bilik Gerakan sekolah pada 23 Mei (Isnin) bagi membincangkan beberapa perkara, antaranya persiapan untuk Mesyuarat Agung PIBG SKJS(1) Yang ke-49 yang dijadualkan bakal berlangsung pada bulan Jun ini.


Selain itu, semua AJK PIBG turut membincangkan tentang cadangan pengedaran borang usul yang akan diedarkan kepada ibubapa melalui murid-murid sebelum bermula penggal cuti persekolahan.


Tarikh: 23 Mei 2022

Hari : Isnin

Masa : 2.00 petang


Agenda:

1. Ucapan penasihat PIBG

2. Ucapan YDP PIBG

3. Pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat

4. Perkara-perkara berbangkit

5. Perkara-perkara baharu

    5.1 Perbincangan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-49

6. Hal-hal lain

7. Ucapan penangguhan