Memaparkan catatan dengan label Peringkat Sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Peringkat Sekolah. Papar semua catatan

Majlis Khatam Al-Quran

Mei 27, 2019 Add Comment

Assalamualaikum! Bagi mendapatkan keberkatan dalam bulan Ramadan yang mulia, aktiviti diteruskan dengan majlis khatam Al-Quran yang telah pun berlangsung dengan jayanya di sekolah. 

Seramai 30 orang pelajar yang terdiri dari pelajar-pelajar tahun 3,4,5 & 6 telah mengambil bahagian dalam majlis ini. Majlis turut dirasmikan oleh Guru Besar, Pn. Norliza dan dihadiri oleh YDP PIBG, Pn. Airudiza.


PROGRAM : MAJLIS KHATAM AL-QURAN
TARIKH : 24 MEI 2019
MASA : 8.45 PAGI HINGGA 10.15 PAGI
TEMPAT : DEWAN ZAMRUD
PERINGKAT : SEKOLAH

Kejohanan Merentas Desa 2019

Februari 21, 2019 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Setiap tahun, program merentas desa peringkat sekolah menjadi antara agenda sukan sekolah yang wajib bagi melahirkan pelajar sihat dan cergas. Tahun ini, acara merentas desa bagi Tahap 1 & 2 telah pun selamat diadakan pada minggu lepas.

ACARA : PROGRAM MERENTAS DESA 2019
TARIKH : 20 FEBRUARI 2019 (RABU)
TEMPAT : KAWASAN SEKOLAH



Makluman Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Sekolah

Julai 04, 2018 Add Comment

Assalamualaikum dan selamat sejahtera

Adalah dimaklumkan bahawa SKJS(1) akan mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hari dan masa yang ditetapkan seperti dalam lampiran dibawah.

Mohon ibubapa dapat menyediakan juadah hari raya untuk jamuan di majlis itu nanti serta memakai baju raya.